Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan ucapan tahniah kepada aktivis Ustazah Marhamah Rosli atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dilantik Timbalan Menteri Agama
Penghargaan itu dikongsi Noraidah menerusi satu hantaran di Facebook, sambil mengimbas jasa dan sokongan yang pernah diterimanya sepanjang melalui tempoh paling sukar dalam hidup.
“Alhamdulillah.
Tahniah puan, banyak jasa puan ini kepada saya. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya,” katanya sambil berkongsi artikel pelantikan Marhamah yang diumumkan membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan pada Selasa.
Timbalan Menteri banyak jasa kepada keluarga arwah Zara Qairina
Dalam masa sama, Noraidah menegaskan bahawa perjuangan menuntut keadilan buat anaknya masih diteruskan.
Menurutnya, laungan #JusticeForZara tidak pernah padam dan akan terus diperjuangkan demi mendapatkan kebenaran serta pembelaan sewajarnya.
Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Mona Din Mohon Maaf Ke AGC, Janji Tak Ulangi kesilapan
Terdahulu, Ustazah Marhamah Rosli merupakan antara individu terawal tampil memberikan sokongan moral dan bantuan kepada Noraidah selepas pemergian Zara Qairina.
Remaja berusia 13 tahun itu, yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah agama di Papar, disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Sebelum itu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolah berkenaan, satu peristiwa yang terus mencetuskan perhatian dan simpati ramai pihak sehingga ke hari ini.
Sumber: Facwbook Noie AiDa







































