Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Beberapa Mangsa Terselamat Alami Cacat Kekal

Beberapa mangsa dalam kejadian nahas bas persiaran yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, Perak pada 9 Jun lalu disahkan mengalami kecederaan serius hingga mengakibatkan kecacatan kekal.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan bahawa siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pihak kementerian bagi mengenal pasti bentuk bantuan susulan yang bersesuaian untuk disalurkan kepada mangsa terbabit.

mangsa

Foto: Sinar Harian

“Kes-kes melibatkan kecederaan parah seperti patah kaki, kehilangan anggota badan dan kecederaan jangka panjang sedang diberikan perhatian khusus. Proses siasatan dan penilaian perlu dilalui sebelum bantuan susulan dapat diberikan,” katanya.

Menurut beliau, jumlah sebenar mangsa yang mengalami kecacatan kekal masih belum dapat dipastikan kerana beberapa individu masih menjalani rawatan di hospital, termasuk di Perak dan Terengganu.

Artikel lain: Nahas UPSI: Naib Canselor Jamin Pelajar Cedera Tidak Tercicir Akademik

“Kita mahu pastikan keadaan mereka stabil terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. Proses ini perlu dilakukan secara berhemah,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat pasca Kabinet kementerian telah memutuskan agar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang bagi menyantuni dan menyiasat keadaan semua mangsa terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

mangsa

“Kita mahu pastikan tiada mangsa yang tercicir daripada menerima bantuan. Mereka yang mengalami kecederaan kekal tidak sepatutnya terbeban dari sudut kewangan dan emosi. Ini tanggungjawab kita untuk membantu,” jelasnya.

Sebagai tambahan, Kementerian turut menyediakan bantuan menerusi inisiatif Pelindungan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat (Peka), termasuk bantuan kewangan dan khidmat kaunseling psikologi yang disediakan oleh Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) secara bergerak.

“Khidmat sokongan ini boleh sampai terus ke lokasi mangsa sekiranya diperlukan,” katanya.
mangsa

Foto: Bernama

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, sebuah bas persiaran yang membawa 42 penumpang terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna berhampiran Tasik Banding.

Tragedi itu mengorbankan 15 nyawa, manakala 33 lagi mengalami pelbagai tahap kecederaan. Beberapa mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di hospital ketika ini.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd