Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tewas Di Padang, Manchester United Bawa Pulang RM45.66 Juta Walau Dimalukan

Manchester United Bawa Pulang

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN All-Stars.

Dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Rabu, skuad kendalian Ruben Amorim tewas 0-1 dalam aksi Piala Cabaran Maybank, sekali gus mencetus kejutan di hadapan ribuan penyokong tempatan.

Manchester United Bawa Pulang RM45.66 Juta

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak menjejaskan habuan kewangan yang diterima kelab berkenaan.

Menurut laporan Mail Sport, Manchester United dibayar sekitar £8 juta (RM45.66 juta) untuk dua aksi persahabatan di Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, pasukan The Red Devils dijadualkan menentang pasukan pilihan tempatan Hong Kong di Stadium Hong Kong yang mempunyai kapasiti 40,000 tempat duduk.

Artikel lain: ASEAN All Stars ‘Malukan’ Man United Di Bukit Jalil, Disaksikan 70,000 Penonton

Namun, jadual perlawanan tersebut dijangka bertembung dengan aksi final Piala FA Hong Kong yang akan berlangsung di Stadium Mong Kok, menimbulkan konflik dalam kalendar bola sepak tempatan.

Jelajah Asia ini dianjurkan oleh ProEvents dan dibawakan oleh penaja utama jersi United, Snapdragon, sebagai sebahagian daripada usaha kelab itu untuk meningkatkan pendapatan selepas kehilangan potensi pulangan sekitar £85 juta susulan kekalahan kepada Tottenham Hotspur dalam final Liga Europa baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd