Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United menarik perhatian ramai apabila menitipkan pesanan kepada rakyat Malaysia untuk kekal berjaga-jaga ketika musim banjir ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook dengan menggunakan Bahasa Melayu, Manchester United mendoakan agar mangsa yang terjejas akibat banjir terus kuat dalam mengharungi ujian tersebut.
Manchester United
“Kepada rakyat Malaysia, mohon kekal berwaspada pada musim hujan ini dan jaga diri elok-elok.
“Manchester United bersama rakyat Malaysia! Kepada yang terjejas dengan banjir, semoga anda menempuh cabaran dengan selamat,” kata kelab itu.
Seramai 18,782 mangsa banjir di 10 negeri ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat kemaskini jam 11.02 pagi Selasa.
Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 10 negeri yang terkesan ialah Selangor, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Artikel lain: Luruan Monsun Punca Hujan Lebat, Angin Kencang & Ombak Besar – MetMalaysia
Manchester United

Foto: Berita Harian
Jumlah mangsa banjir tertinggi direkodkan di Kelantan iaitu seramai 9,853 mangsa dari 3,605 keluarga melibatkan empat daerah di Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
40 PPS telah dibuka sejak Jumaat lalu menempatkan 3,022 lelaki dewasa, 3,163 perempuan dewasa, 1,722 kanak-kanak lelaki, 1,609 kanak-kanak perempuan, 167 bayi lelaki dan 170 bayi perempuan.
Sumber: Facebook @Manchester United







































