Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan.
Kejadian yang berlaku di Kedah itu dianggap satu perkara yang tidak masuk akal namun demikianlah ujian berat yang terpaksa dilalui oleh lelaki yang dikenali sebagai Syed.
Menerusi perkongsian di TikTok, Syed mendakwa perkenalan bersama isterinya yang dikenali sebagai Una bermula di sebuah kelab kereta sebelum membawa kepada hubungan yang lebih serius.
Una dipercayai meminta Syed untuk bertanggungjawab apabila memaklumkan dirinya telah hamil anak luar nikah dan atas rasa takut lelaki itu menikah bersama wanita itu di Thailand.
Terkejut dimadukan
https://www.tiktok.com/@mat_syed00/photo/7571450640572960018
“Una mengajak saya berkhawin di Thailand kerana urusan disana lebih mudah dan cepat tanpa perlu melibatkan keluarga dia mahupun family saya.
“Perkara ini dirahsiakan beberapa bulan sahaja dan selepas itu semua ahli keluarga tahu dan kehidupan berjalan sepertu biasa sahaja. Saya dan dia PJJ, dia di Jitra saya di Padang Serai. Walaupun keluarga saya sudah mengetahui tentang status perkahwinan kami, kami tetap kekal PJJ.
“Una memberikan alasan pada saya untuk kekal PJJ kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dan tidak sanggup berjauhan dari ibunya,” dedah Syed, semalam.
Dalam pada itu, lelaki itu mendakwa sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berkunjung ke rumah ibu mentua kerana dilarang oleh isteri dengan alasan yang tidak munasabah.
“Sepanjang perkahwinan kami, saya tidak dibenarkan ke rumah ibunya dengan alasan ada kakak ipar yang gila tinggal di situ dan kami hanya sewa homestay sahaja untuk bertemu.
“Saya tinggal bersama ibu saya di Desa Keda. Ada masa dia yang akan datang bermalam dirumah ibu saya ataupun dia membawa ibunya datang untuk menziarahi ibu saya.
“Pada 28/2/25, Una lahirkan baby saya di sebuah hospital swasta. Urusan dari awal mengandung sehingga melahirkan, semua di buat di hospital swasta atas alasan yang sedia maklum anak tersebut tidak sah taraf.
“Selepas bersalin, Una sempat berpantang seminggu di rumah ibu saya sbelum pulang ke rumah ibunya,” terangnya.
Bagaimanapun, penipuan itu disedari apabila keluarga Syed mula curiga dan setelah disiasat mendapati bahawa isterinya merupakan isteri orang yang sah dan dirinya telah ditipu secara terang-terangan.
“Sudah bersuami, suaminya bernama (Mohd Baki Zaini) dan mempunyai 3 orang anak termasuk anak yang saya sangka itu anak saya rupanya anak si Baki.
“Ada rekod polis iaitu scam orang dengan pelbagai cara dan taktik yang ada sampai beratu ribu ringgit sehinggakan mampu mendirikan sebuah rumah dengan hanya mengunakan hasil duit tersebut, main duit kutu menggunakan pelbagai nama dan nombor berlainan.
“Ibunya juga turut bersubahat kerana mengaku bahawa saya ini adalah menantunya iaitu suami kepada anaknya walhal dia sendiri tahu anaknya sudah bersuami.
“Una juga turut menipu dengan mengatakan bahawa Baki adalah abang kandungnya sedangkan lelaki itu merupakan suaminya yang sah,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol
Difahamkan, Syed telah membuat laporan polis terhadap penipuan itu dan Una bersama suaminya telah ditahan oleh pejabat agama daerah Kubang Pasu namun telah dibebaskan buat sementara waktu.
Untuk info, pejabat agama turut mengesahkan bahawa perkahwinan Syed bersama isteri palsunya itu tidak sah dan boleh dibubarkan begitu sahaja.
Sumber: TikTok mat_syed00







































