Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

LCS Pertama Dalam Fasa Ujian, Dijangka Dapat Digunakan Tahun Depan – MINDEF

Kerajaan komited dalam menambah aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi memperkukuhkan keupayaan pertahanan di perairan negara.

LCS pertama dalam fasa ujian

LCS pertama dalam fasa ujian

Perkara ini juga termasuk perolehan Kapal Misi Pesisir (LMS) dan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang kini berada dalam fasa ujian pelabuhan dan laut.

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memberitahu LCS pertama bakal siap sepenuhnya menjelang tahun hadapan selari dengan jadual perancangan yang telah dibuat oleh kementerian

“Proses pembinaan LCS pertama telah dimuktamadkan dan kini berada dalam ujian pelabuhan serta ujian laut.
“Kita juga mempunyai komitmen tinggi untuk menambah LMS seperti yang telah dimeterai melalui kerjasama dengan Turkiye,” kata Adly pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) TUDM Subang, hari ini.

Adly berkata demikian setelah diminta mengulas laporan sebuah portal berita menngenai cabaran yang dihadapi TLDM rentetan aset armada tempur milik pasukan itu sudah semakin berusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga memberitahu kerajaan akan memastikan setiap aset baharu bakal dilengkapi teknologi terkini bagi memenuhi keperluan semasa dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

LCS pertama dalam fasa ujian

“Kerajaan sentiasa ingin meningkatkan keupayaan TLDM dan sebab itulah kita dapat melihat komitmen dengan perolehan LCS dan LMS.
“Di samping memastikan TLDM memiliki aset, kita juga akan memastikan ia memiliki teknologi tinggi yang memenuhi keperluan pertahanan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Adly menegaskan bahawa penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang diadakan pada bulan ini menjadi platform terbaik buat diplomasi pertahanan dan kerjasama antarabangsa.

“LIMA bukan sekadar pameran aset ketenteraan, sebaliknya ruang penting diplomasi pertahanan melibatkan pelbagai negara luar yang akan hadir sebagai tetamu.
“Kementerian juga sudah bersedia menerima delegasi antarabangsa untuk pameran kali ini,” katanya.

LCS pertama dalam fasa ujian

Ahli Parlimen Alor Gajah itu juga mengulas berkaitan Program Digitalisasi Affin Digital Space yang membabitkan tiga sekolah dalam kem tentera dipilih menerima kemudaha itu sebagai inisiatif meningkatkan kebolehan pembelajaran digital dalam kalangan murid sekolah rendah.

Tiga sekolah tersebut ialah SK TUDM Subang, SK KEMENTAH di ibu negara serta SK Sir Sultan Ibrahim di Kluang, Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Fokus kita adalah kepada sekolah dalam kem kerana sekolah luar kem sudah ada inisiatif tersendiri di bawah Kementerian Pendidikan. Buat masa ini kita tumpukan dahulu kepada tiga sekolah ini.
“Projek ini akan diperluas ke sekolah dalam kem tentera yang lain mengikut impak pelaksanaan dan setakat ini sebanyak RM94,000 dibelanjakan melalui sumbangan Affin Bank bagi membangunkan studio digital di ketiga-tiga sekolah terlibat,” tambahnya lagi.

Artikel lain: PLKN 3.0: Pelatih Siri 1 Tamat Latihan, Diberi Pendedahan Bidang TVET Dan Industri – Adly

Untuk rekod, terdapat 27 sekolah dalam kem di seluruh negara dan inisiatif itu bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang digital malah membantu meningkatkan kesejahteraan anggota tentera menerusi pendidikan.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd