Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Laporan Psikiatri Sahkan Remaja Lelaki Didakwa Bunuh Pelajar Perempuan Layak Dibicarakan

Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa keputusan laporan psikiatri mengesahkan remaja lelaki yang didakwa membunuh pelajar perempuan berumur 16 tahun di tandas sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, layak dibicarakan.

Peguam Kitson Foong yang mewakili remaja berusia 15 tahun itu berkata laporan daripada pakar psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mendapati anak guamnya berupaya memahami perkara yang berlaku dalam prosiding mahkamah.

Laporan psikiatri

Laporan psikiatri

pelajar lelaki

“Penama (remaja lelaki) berupaya untuk dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri.
“Mahkamah turut mengarahkan mulai hari ini, penama ditempatkan di sebuah pusat yang digambarkan sebagai penjara untuk kanak-kanak, iaitu Pusat Koreksional Puncak Alam di Selangor,” kata peguam kepada media di luar mahkamah selepas prosiding tertutup di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar: Remaja Didakwa Di Mahkamah, Tiada Pengakuan Direkodkan

Kitson berkata mahkamah turut mengarahkan remaja itu, yang sebelum ini ditempatkan di Hospital Bahagia untuk menghadiri sesi kaunseling dan terapi sebulan sekali serta menetapkan 6 Feb ini untuk sebutan semula kes.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 22 Okt lepas, pelajar itu didakwa membunuh rakan sekolahnya itu di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama antara 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Okt 2025.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja itu kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, serta hendaklah dikenakan hukuman tidak melebihi 12 sebatan jika tidak dihukum gantung.

masalah pembelajaran

Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 menetapkan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan atau direkodkan terhadap kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang didapati bersalah dan sebagai ganti hukuman mati, seperti yang diperuntukkan Seksyen 97 (2) akta sama, mahkamah harus memerintahkan individu itu ditahan selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala peguam Nur Izni Syazwani Ahmad hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak ibu si mati.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd