Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Terima sambutan Baik, PETRA Umum Tambah 100MW Lagi Kuota NEM Rakyat

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mengumumkan penambahan kuota sebanyak 100MW bagi Program Net Energy Metering atau NEM Rakyat, menjadikan jumlah keseluruhan kini 600MW sejak 2011.

NEM Rakyat

NEM Rakyat dapat sambutan ramai

Menerusi satu kenyataan, langkah ini diambil susulan sambutan hangat rakyat terhadap inisiatif pemasangan sistem solar di bumbung rumah.

“Penambahan kuota NEM Rakyat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan dan merakyatkan usaha peralihan tenaga melalui pemasangan sistem solar PV di rumah kediaman,” jelas PETRA.

Kuota tambahan NEM Rakyat terbuka kepada semua pengguna kategori domestik TNB

Difahamkan, kuota tambahan ini terbuka kepada semua pengguna kategori domestik TNB sehingga 30 Jun 2025 atau sehingga kuota penuh.

Garis panduan boleh disemak di laman web Suruhanjaya Tenaga (www.st.gov.my), manakala permohonan dibuat di SEDA Malaysia (www.seda.gov.my).

Foto: Solar System Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain NEM, rakyat juga boleh memilih program Solar for Self-Consumption (SelCo) jika ingin guna solar untuk kegunaan sendiri, atau menyertai Program CREAM jika ingin sewakan bumbung rumah untuk pemasangan solar oleh pihak ketiga.

NEM Rakyat

Foto: Utusan Malaysia

Dalam masa sama, PETRA dan Suruhanjaya Tenaga sedang mengkaji mekanisme baharu untuk program Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang lebih adil, inklusif dan bermanfaat buat semua pengguna.

Aspirasi untuk mencapai 70% kapasiti TBB dalam perbekalan elektrik negara menjelang tahun 2050 merupakan tonggak kepada pembangunan mampan yang mencerminkan usaha serius negara untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber tenaga.
Sekali gus, ianya memenuhi tanggungjawab kepada generasi masa kini dan akan datang, sejajar dengan prinsip utama Malaysia MADANI,”ujarnya.

Foto: Solar Panel Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PETRA Lanjut Rebat Pemasangan Sistem Solar Hingga April 2025, Tambah Baik Program NEM

Inilah peluang rakyat untuk jana penjimatan, sokong kelestarian, dan jadi sebahagian daripada masa depan tenaga bersih negara.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd