Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKM Perkenal Gelombang Padi, Bakal Dilaksanakan Tahun Ini

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada dan merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara dengan perkenal Gelombang Padi yang bakal dilaksanakan tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu memberitahu Gelombang Padi merupakan satu game-changer yang akan mentransformasi industri padi dan beras negara.

KPKM perkenal Gelombang Padi

Artikel lain: KPKM Anjur Jualan Agro Madani, Bukti Tekad Kerajaan Tangani Isu Kos Sara Hidup Rakyat

Difahamkan juga, terdapat 12 inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian di bawah Gelombang Padi antaranya ialah memperkenalkan Dasar Baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS), memulih dan membangunkan kawasan tanah jerlus dan memperkasa pembekalan input pertanian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap inisiatif ini akan mengangkat industri padi dan beras negara ke suatu tahap yang lebih cekap dan berdaya tahan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan Amanat Tahun Baharu 2024, hari ini.

Bukan itu sahaja, program tersebut turut melibatkan pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan dan pembangunan sistem bersepadu yang mengintegrasi semua maklumat berkaitan industri padi dan beras (SMART Padi).

Sementara itu, inisiatif Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang menjalankan kajian adaptasi penanaman bawang merah bagi pengeluaran dan penghasilan tempatan merupakan langkah proaktif memperkukuh keterjaminan makanan.

Katanya, MARDI akan berperanan sebagai pusat pengeluar benih, manakala Jabatan Pertanian (DOA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang berperanan untuk melaksanakan inisiatif penanaman bawang tersebut pada skala yang lebih besar melalui kolabrasi dan usahasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan usahawan yang berpotensi di kawasan-kawasan yang bersesuaian.

“Inisiatif ini boleh dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa rintis dan fasa pengembangan berdasarkan sasaran output yang jelas.
“Dalam memenuhi matlamat pengurangan import sebanyak 30%, KPKM perlu menyasarkan seluas 1,447 hektar kawasan penanaman setahun dan saya berharap ia dapat dimulakan segera dari awal tahun ini,” jelasnya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd