Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dirakam Kamera Di Konsert Coldplay, CEO Dan HR Kantoi Jalin Hubungan Sulit

Malam sepatutnya dipenuhi muzik dan sorakan peminat Coldplay bertukar menjadi drama korporat antarabangsa apabila dua eksekutif kanan syarikat teknologi Astronomer dirakam dalam situasi mesra yang mencetuskan pelbagai reaksi.

Kantoi di konsert Coldplay

Menerusi perkongsian dari akaun @anuibi di platform X, segalanya bermula sewaktu segmen ‘kiss cam’ di konsert Coldplay di Gillette Stadium apabila kamera menyorot kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astronomer, Andy Byron dan Ketua Pegawai Sumber Manusia (HR) syarikat itu, Kristin Cabot.

coldplay

Foto: TT instaagraace

Kedua-duanya kelihatan berpelukan erat dan saling berbisik, namun sebaik menyedari kamera sedang merakam, Kristin dilihat berpaling dengan cepat, manakala Byron menunduk sambil menutup wajahnya dalam keadaan serba tak kena.

Artikel lain: Wanita Hairan Makcik Katil Depan Suka Selak Tirai, Rupanya Suami Sakit Curang Dalam Wad

Insiden yang pada awalnya kelihatan seperti momen spontan, kini menjadi bahan bualan hangat di semua platform media sosial eskali gus mencetuskan pelbagai spekulasi lebih-lebih lagi selepas identiti mereka dikenal pasti sebagai individu berpengaruh dalam dunia teknologi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Reaksi khalayak bertambah panas apabila penyanyi utama Coldplay, Chris Martin, berseloroh dari atas pentas.

“Mereka ini sama ada sedang menjalin hubungan sulit ataupun sangat pemalu.” katanya dengan nada berseloroh.
coldplay

Foto: TT instaagraace

Lebih mencetuskan tanda tanya, isteri kepada Andy Byron iaitu Megan Kerrigan Byron didakwa telah membuang nama keluarga ‘Byron’ daripada profil sosial medianya.

Perubahan itu dilihat sebagai retaknya hubungan rumah tangga pasangan tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak, baik dari Astronomer mahupun daripada dua individu terlibat.

Namun tekanan daripada netizen berterusan, lebih-lebih lagi apabila beberapa bekas pekerja tampil dengan dakwaan bahawa Byron ialah pemimpin yang toksik dan bermasalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih memalukan, nama Kristin yang sebelum ini sering dijulang sebagai pemimpin HR yang beretika kini tercalar, mencetuskan perdebatan hangat tentang sempadan antara profesionalisme dan hubungan peribadi dalam organisasi.

coldplay

Foto: TT instaagraace

Dengan latar belakang syarikat yang baru saja menerima dana pelaburan mencecah AS$93 juta, ramai pelabur dan pemerhati mula mempersoalkan integriti dan budaya kerja di Astronomer.

Apa yang bermula sebagai momen ringkas di khalayak ramai kini mencetuskan gelombang besar, membuktikan bahawa dalam era digital hari ini, satu detik yang tidak dijangka boleh menjejaskan bukan saja reputasi individu, tetapi juga imej keseluruhan syarikat.

Sumber: X @anuibi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Sosial

Seorang individu tampil menjelaskan kekeliruan berhubung kematian pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang, Allahyarhamah Nurhazwani Abd Halim, 34, yang dilaporkan meninggal dunia di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd