Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKM Gesa Ambil Perhatian Perihal Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam tidak membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual.

Menurut satu kenyataan di Facebook, KKM mengumumkan senarai produk-produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual yang berbahaya kepada kesihatan.

“Toner Treatment EWSB (Hydroquinone dan Tretinoin), N Glow EWSB (Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate) dan Glory Cosmetics Facecream (Merkuri),” katanya hari ini.

KKM berkata, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Sementara itu, KKM juga memberi peringatan berkenaan dengan racun berjadual dalam produk kosmetik yang boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak dingini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“la juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang mash kecil atau yang belum dilahirkan,” ujarnya.

KKM juga menerangkan penggunaan Hydroquinone, Tretinoin Betamethasone 17-Valerate dan Merkuri secara tidak terkawal boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit selain lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

KKM menggesa orang ramai untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” tambahnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan tersebut juga boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

KKM juga menasihati orang awam untuk segera menghentikan penggunaan produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKM juga menggalakkan orang awam untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli dan menggunakan produk tersebut.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd