Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zumba Berbaju Sekolah Tanpa Kain Disiasat Polis

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh.

Buka kertas siasatan

Polis Buka Kertas Siasatan, Kes program zumba

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya telah mengesan gambar dan video program zumba itu di Facebook pada jam 11.13 pagi semalam.

Tambahnya, senaman aerobik itu dilakukan secara langsung menerusi aplikasi TikTok.

“Program tersebut dibuat di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya, Kuala Selangor.
“Semasa program berlangsung, terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah tidak memakai kain manakala seorang lagi hanya memakai seluar ‘legging’,” katanya dalam satu kenyataan.

Azaharudin memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati senaman aerobik atau zumba itu bertemakan ‘Back To School’ dan salah seorang peserta menanggalkan kain sekolah yang dipakai bagi memudahkan pergerakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Susulan kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” terangnya lagi.

Artikel lain: Memalukan! Netizen Kecam Individu Senaman Bertudung Pakai Baju Kurung Tanpa Kain

Sebelum ini, tular beberapa gambar di media sosial memperlihatkan wanita berpakaian seragam sekolah melakukan aktiviti senaman aerobik dalam keadaan yang cukup mengaibkan.

Sumber: Facebook Polis Kuala Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd