Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Zara Qairina: Dakwaan Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin basuh, menyifatkannya sebagai spekulasi.

Dakwaan dimasukkan dalam mesin basuh

Menurut laporan Harian Metro,peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, ibu kepada Zara iaitu Noraidah Lamat tidak pernah memberi maklumat seperti itu kepada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, mereka menggesa wanita yang membuat dakwaan tersebut supaya dapat menyalurkan maklumat terbabit kepada pihak polis bagi tujuan siasatan.

“Berikutan penularan beberapa video dan gambar berkaitan dengan kes Zara, pertama, kami ingin membuat kenyataan, video seorang wanita menceritakan Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh adalah satu spekulasi.
“Penyebaran gambar kronologi yang menggambarkan Zara hanya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 jam 8 pagi pada 16 Julai 2025 juga adalah satu spekulasi. Maklumat yang membentuk kronologi itu bukan datang dari anak guam kami,” katanya.
dalam mesin basuh

Foto: Harian Metro

Sementara itu, kedua-dua peguam turut mengingatkan bahawa penyebaran gambar pelajar sekolah serta kenyataan negatif terhadap mereka adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001, selain Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel lain: Peguam Sahkan Audio Perbualan Zara Qairina Dan Ibu Adalah Rakaman Sebenar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak beberapa hari lalu, dakwaan tersebut tular di media sosial antaranya mengaitkan kecederaan Zara dengan tekanan mesin basuh, kononnya digunakan oleh pembunuh untuk menghapuskan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).

“Kepada mereka yang telah melakukan penyebaran sedemikian, kami memohon agar memadam video dan gambar terbabit. Spekulasi hanya menambah tekanan dan kesedihan kepada anak guam kami.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kes Zara diminta untuk menyalurkan maklumat kepada polis untuk tujuan siasatan,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Latifah Arifin)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd