Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Serangan Zamri Vinoth: Empat Lelaki Direman Selepas Tampil Serah Diri

Empat lelaki yang menyerah diri kepada polis awal pagi tadi direman selama dua hari untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan serangan terhadap pendakwah bebas, Zamri Vinoth.

Menurut laporan BH Online, dengan penahanan terbaru ini, jumlah individu yang ditahan berhubung insiden itu kini meningkat kepada enam orang.

Foto: Carian Google

Majistret Roshayati Radellah mengeluarkan perintah reman selepas polis memohon tempoh empat hari untuk melengkapkan siasatan.

Keempat-empat suspek iaitu dua jurutera, seorang juruteknik dan seorang pemandu van, berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira jam 8.35 pagi menaiki van polis.

Peguam mereka, V Parthipan menjelaskan bahawa pihaknya turut menunjukkan rakaman video kejadian yang didakwa serangan itu kepada mahkamah, yang kini tular di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengadu mendakwa penyerangnya memegang batu dan kayu, namun rakaman video jelas menunjukkan tiada sesiapa memegang apa-apa objek.
“Rakaman itu juga menunjukkan semua individu menumpukan perhatian di bahagian pemandu kereta, sedangkan kerosakan jelas kelihatan di bahagian kiri kenderaan,” katanya selepas prosiding.

Foto: BH Online

Parthipan, yang mewakili empat lelaki itu bersama peguam K Puvirajan dan T Turuvandran, berhujah bahawa Seksyen 506 Kanun Keseksaan, berkaitan ugutan jenayah, tidak terpakai dalam kes ini.

“Anak guam saya memberikan kerjasama penuh dan menyerah diri pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” tambahnya.

Selain itu, pihak peguam juga telah membuat laporan polis terhadap Zamri.

Sebelum ini, dua beradik turut direman secara berasingan berhubung kes sama dan kedua-duanya kini sudah dibebaskan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan menerima laporan daripada Zamri mengenai dakwaan serangan tersebut.

Sumber: BH Online (Audrey Dermawan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengesahkan penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang didakwa memijak al-Quran dan menghina Rasulullah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd