Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Mafia Korporat: Polis Rampas Kereta Mewah, Jam Eksklusif Dan Wang Tunai

Beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin, yang didakwa terbabit dalam kegiatan ‘mafia korporat’, telah diserbu dan berjaya merampas dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai termasuk mata wang asing serta beberapa dokumen.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pasukan, Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fazlisyam Abdul Majid, berkata siasatan masih berjalan dan nilai sitaan barangan terbabit masih belum ditentukan.

“Antara yang disita adalah dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai termasuk mata wang asing dan beberapa dokumen disita menerusi serbuan ke atas beberapa premis Jumaat lalu.
“Kes disiasat membabitkan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1) akta pencegahan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001,” katanya, baru-baru ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) ketika dihubungi enggan menggulas lanjut berkaitan siasatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengesahkan telah melancarkan serbuan di beberapa premis milik ahli perniagaan, Victor Chin yang didakwa terlibat dalam ‘mafia korporat’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, siasatan lanjut kini sedang dijalankan, dengan tindakan turut diambil ke atas beberapa lokasi berkaitan.

“Tindakan juga sudah diambil di beberapa premis yang berkaitan dengan individu dikenali sebagai Victor.
“Kes ini masih dalam siasatan dan jika perlu, sidang media seterusnya akan diadakan untuk memaklumkan perkembangan lanjut,” katanya, semalam.

Media sebelum ini melaporkan beberapa premis milik ahli perniagaan berkenaan telah diserbu oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan PDRM, dengan sejumlah dokumen turut disita bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Victor dilaporkan menafikan sebarang penglibatan dalam ‘mafia korporat’ seperti yang didakwa.

Menerusi kenyataan e-mel kepada agensi berita Bloomberg, beliau mengakui kewujudan kumpulan tersebut, namun menegaskan tidak mempunyai kaitan dengannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isu Pemerdagangan Manusia: Mashitah Fail Saman, Tuntut MHO Buat Permohonan Maaf

Sementara itu, minggu lalu Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan Kabinet telah mengarahkan PDRM bersama agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan manipulasi korporat tersebut.

Arahan berkenaan dibuat susulan desakan meluas, termasuk daripada menteri kanan kerajaan, agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dilaporkan oleh Bloomberg bulan lalu.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd