Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kereta Singapura Isi RON95, Siap Masuk Dalam Tong Plastik Disiasat KPDN Johor

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat penularan gambar memaparkan sebuah kereta mewah bernombor pendaftaran Singapura isi RON95 di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri.

Kereta Singapura isi RON95

Menurut laporan BH Online, Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung gambar yang tular di media sosial sejak semalam, dan siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti lokasi kejadian.

RON95

Foto: FB SG Road Vigilante

“Kami ambil maklum mengenai gambar sebuah kenderaan asing dipercayai milik warga Singapura sedang mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru. Siasatan terperinci sedang dibuat untuk menentukan lokasi stesen terlibat dan sama ada wujud pelanggaran peraturan,” katanya hari ini.

Tular sebelum ini, gambar menunjukkan pemandu kereta berkenaan bukan sahaja mengisi petrol RON95 ke tangki kenderaannya, malah turut menuang bahan api itu ke dalam sebuah tong plastik bersaiz besar.

Artikel lain: Subsidi Bersasar RON95 Dilaksana Secara Berperingkat, Guna Mekanisme Paling Sesuai

RON95

Foto: FB SG Road Vigilante

Mengulas lanjut, Lilis Saslinda menegaskan larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing masih berkuat kuasa, dan sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Jika terbukti berlaku kesalahan, tindakan akan diambil terhadap pihak terlibat, termasuk pengusaha stesen minyak sekiranya didapati cuai atau bersubahat,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan semua pengusaha stesen minyak supaya mematuhi arahan serta garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi penjualan bahan api bersubsidi, selain mengalu-alukan maklumat daripada orang awam untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Mohamed Farid Noh)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd