Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tahanan Rumah Atau Kekal Di Penjara Kajang? Keputusan Najib Diketahui Januari Depan

Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memaksa kerajaan dan enam pihak lain melaksanakan Titah Adendum yang didakwa membolehkan beliau menjalani hukuman penjara di rumah akan diumumkan pada 5 Januari 2026.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke Yee Ching, menetapkan tarikh berkenaan selepas selesai mendengar hujahan kedua dua pihak yang terlibat dalam prosiding itu.

“Saya rasa patut ambil cuti Krismas untuk berfikir dan menimbangkannya dengan lebih mendalam,” katanya.
najib

Foto: Carian Google

Dalam hujahan pihak pemohon, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024 itu benar benar wujud dan sah.

Beliau menyebut bahawa dokumen itu telah dikeluarkan lebih setahun namun tidak pernah dikuatkuasakan.

Artikel lain: Najib Amalkan Tahajud Setiap Hari, Syukur Doa Dimakbul – Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, Jabatan Peguam Negara berkali kali menafikan kewujudan titah tersebut sejak permohonan semakan kehakiman difailkan.

“Sedangkan, anak guam saya sepatutnya berada di bawah tahanan rumah sekarang. Keadilan sudah selesai, kini yang tinggal hanyalah belas kasihan,” ujarnya.

Di pihak kerajaan pula, Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berhujah bahawa sebarang keputusan berkaitan perubahan bentuk hukuman perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan mengikut ketetapan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

najib

Foto: Astro Awani

Katanya, kerana titah tersebut tidak dibawa ke mesyuarat tersebut, Lembaga Pengampunan tidak dapat memberikan nasihat yang diwajibkan oleh peruntukan undang undang.

Justeru, beliau menyatakan bahawa titah berkenaan tidak boleh dikuatkuasakan kerana tidak melalui prosedur yang ditetapkan.

Najib dalam permohonannya meminta perintah mandamus supaya kerajaan serta semua responden mengesahkan kewujudan dokumen itu dan melaksanakannya dengan segera sekiranya ia sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permohonan itu termasuk permintaan supaaya beliau dipindahkan dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalaani baki hukuman dalam bentuk tahanan rumah.

Responden yang dinamakan dalam permohonan tersebut termasuk Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang undang serta Kerajaan Malaysia.

najib

Kes ini sebelum ini dikembalikan ke Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Ogos selepas panel tersebut menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu berhubung dokumen tambahan itu.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 setelah disabitkan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah 42 juta ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hukuman asal yang melibatkan penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit kemudian dikurangkan oleh Lembaga Pengampunan kepada enam tahun penjara dan denda 50 juta ringgit.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Lokal

Detik penuh cemas selama hampir dua hari berakhir pagi ini bagi Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, apabila jasad suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia maut selepas disengat obor-obor ketika mandi di Pantai Cenang, Langkawi pada Sabtu lalu. Memetik laporan daripada Harian Metro, mangsa,...

Nasional

Barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran lebih peka terhadap sebarang perubahan tingkah laku, tekanan emosi dan gejala kemurungan dalam kalangan warga pasukan. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd