Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kencing Manis Meningkat Dalam Kalangan Anak Muda Di Kelantan

Penyakit diabetes atau kencing manis terus menjadi antara isu kesihatan utama di Kelantan dengan kebimbangan meningkat apabila golongan muda kini turut menjadi penyumbang utama kepada jumlah penghidap.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, trend semasa menunjukkan pesakit diabetes kini dikesan seawal usia 40 tahun berbanding sebelum ini yang lebih tertumpu kepada golongan warga emas.

Foto: Sinar Harian

“Dulu penyakit ini banyak menyerang warga emas, tapi sekarang kita lihat umur penghidap semakin muda.
“Ini berlaku disebabkan beberapa faktor risiko seperti berat badan berlebihan, tidak bersenam, tekanan perasaan, tabiat merokok dan pemakanan tidak seimbang,” katanya.

Dr Zaini turut memberi amaran bahawa diabetes boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan kerosakan saraf jika tidak dikawal.

Berdasarkan data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), kadar penghidap diabetes dalam kalangan penduduk dewasa di Kelantan direkodkan pada 16.3 peratus pada tahun 2023.

Walaupun terdapat sedikit penurunan berbanding 19.5 peratus pada 2019 dan 18.5 peratus pada 2015, angka ini masih membimbangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bermakna, lebih 16 daripada setiap 100 orang dewasa di Kelantan menghidap diabetes.
“Apa yang lebih membimbangkan, lebih 80 peratus anak muda Malaysia berumur antara 18 hingga 29 tahun tidak sedar mereka sebenarnya menghidap penyakit ini,” ujarnya.

Tambah beliau, dua daripada lima individu hanya mengetahui mereka menghidap diabetes selepas dimasukkan ke hospital atau menjalani pemeriksaan akibat komplikasi.

Foto: thesun.my

Justeru itu, Dr Zaini menekankan pentingnya tanggungjawab menjaga kesihatan dipikul bersama oleh seluruh lapisan masyarakat, bukan hanya Kementerian Kesihatan semata-mata.

“Kita perlu kerjasama semua pihak termasuk komuniti, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, KRT dan agensi lain.
“Mereka ini lebih dekat dengan masyarakat dan tahu siapa-siapa yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Beliau turut menggesa pelaksanaan program lawatan rumah ke rumah atau domisiliari diteruskan terutamanya kepada pesakit terlantar yang tidak mampu hadir ke fasiliti kesihatan.

“Pasukan kesihatan kami melalui domisiliari berperanan bukan sahaja memberi rawatan tetapi juga melatih ahli keluarga atau penjaga menjaga pesakit dengan betul,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd