Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenaikan Tarif Air Bukti Kegagalan Kerajaan Terengganu – Pemuda Amanah

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu mendakwa kerajaan negeri itu gagal dalam mengurus kewangan ekoran kenaikan tarif air yang dilihat masih tidak menemui jalan penyelesaiannya.

Bukti kegagalan kerajaan Terengganu

Bukti kegagalan kerajaan Terengganu

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Komunikasinya, Wan Muhammad Afiq Wan Zainalabidin memberitahu, kenaikan tarif antara 50 hingga 100 peratus yang berkuat kuasa 1 Ogos lalu menambahkan lagi beban rakyat di negeri itu.

Wan Muhammad Afiq berkata, keputusan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak cakna terhadap masalah rakyat dan lebih memilih jalan mudah bagi menyelesaikan cabaran kewangan.

“Kerajaan negeri mengambil duit lebih daripada poket rakyat untuk menampung kelemahan pengurusan kewangan. Lebih mengecewakan, masalah asas bekalan air seperti tekanan rendah, kebocoran paip dan gangguan berulang masih belum ditangani dengan baik.
“Tindakan menaikkan tarif dalam keadaan perkhidmatan belum memuaskan hanya menambah kemarahan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kerajaan negeri sepatutnya lebih kreatif mencari sumber kewangan baharu memandangkan Terengganu kaya dengan hasil sumber asli serta berpotensi besar dalam sektor pelancongan, perikanan dan pembangunan ekonomi hijau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kelemahan perancangan dan ketidakmampuan mencari jalan keluar menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
“Kenaikan tarif air yang diputuskan tanpa mendengar suara rakyat menunjukkan kerajaan negeri semakin jauh daripada prinsip Terengganu Sejahtera. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan terbaik dahulu sebelum sebarang kenaikan dilaksanakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri digesa menarik semula pelaksanaan tarif baharu tersebut dan memberi fokus kepada pelan penambahbaikan menyeluruh dalam perkhidmatan air.

Artkel lain: Kenaikan Tarif Air Di Kedah Tidak Bebankan Rakyat – Sanusi

“Perancangan itu perlu disertakan garis masa yang jelas serta jaminan mutu perkhidmatan yang lebih baik.
“Air adalah keperluan asas rakyat, bukannya sumber pendapatan untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus hasil negeri,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd