Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siap Bagi Signal Sebelum U-Turn! Pemandu Kereta Kelisa Lari Dari Polis Didenda RM3,000

Seorang pekerja kilang yang memandu kereta kelisa merah yang tular baru-baru ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini selepas mengaku bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas secara sah.

Menurut laporan Malaysia Gazette, tertuduh Mohd Fadzly Mohd Zahari, 34, juga berdepan hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

kelisa

Foto: TT puteraikhwan251

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal, dan Fadzly mengaku bersalah atas kesalahan yang dilakukan pada 19 Jun lalu jam 10 malam di hadapan Flat Ampang Jajar, di mana dia didapati menghalang tugas Koperal Mohd Shamsuddin Zakaria.

Mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kesalahan itu boleh dihukum penjara hingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana tindakan tertuduh yang bukan sahaja menghalang penjawat awam, tetapi juga membahayakan orang awam apabila memandu laju dan melawan arus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
kelisa

Foto: TT puteraikhwan251

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu hukuman minimum dikenakan dengan mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa dan kos mahkamah serta latar belakangnya sebagai pekerja kilang bergaji RM1,700 sebulan.

Artikel lain: Anggota Polis Kena Marah, Kereta Peronda Rosak Tepi Jalan

Dalam prosiding sama, Fadzly turut mengaku bersalah memiliki dadah jenis amphetamine seberat 0.99 gram di lokasi dan masa yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kes dadah tersebut sementara menunggu laporan kimia dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 18 Ogos depan.

kelisa

Foto: TT puteraikhwan251

Terdahulu, kejadian yang melibatkan tertuduh pernah tular di TikTok apabila satu video dimuat naik oleh pengguna akaun @puteraikhwan251 menunjukkan sebuah Perodua Kelisa merah dipandu laju sambil dikejar dua kereta peronda polis.

Menariknya, dalam video tersebut pemandu Kelisa berkenaan sempat memberikan signal sebelum membuat pusingan U, sesuatu yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai yang menganggap tindakan pemandu kereta kelisa itu lucu dan ‘beradab walau bersalah’, manakala ada juga yang mengecam kelakuannya yang jelas membahayakan nyawa orang lain.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd