Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kedah Catat Pelaburan RM4.2 Bilion, Jana Lebih 1,400 Peluang Pekerjaan –  Sanusi

Negeri Kedah terus mencatat perkembangan ekonomi memberangsangkan apabila merekodkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 bilion bagi suku pertama tahun ini, sekaligus mewujudkan lebih 1,400 peluang pekerjaan baharu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sektor pembuatan kekal sebagai penyumbang terbesar dengan pelaburan berjumlah RM3.9 bilion, menjadikan Kedah antara tiga negeri tertinggi dari segi pelaburan sektor tersebut di Malaysia.

kedah

Foto: Kosmo!

“Sektor pembuatan bernilai tinggi dijangka terus berkembang kukuh meskipun dunia kini dihimpit dengan ketidaktentuan politik dan ekonomi yang agak meruncing.
“Keupayaan ini dipacu oleh pembangunan Fasa 4A dan Fasa 5 Kulim Hi-Tech Park, Koridor Perindustrian Kulim (KIC) serta kawasan perindustrian baharu seperti Kedah Rubber City (KRC) dan Taman Teknologi Sains Kedah (KSTP),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-83 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, hari ini.

Artikel laim: Kedah Beri Tempoh Hingga Disember, Larangan Penuh Penjualan Vape – Mansor Zakaria

Muhammad Sanusi tuurt menekankan bahawa minat pelabur untuk terus melabur di negeri itu adalah hasil daripada kestabilan politik, ketelusan pentadbiran, serta dasar kerajaan negeri yang berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pembangunan Koridor Bandar Sempadan kini menujukkan kemajuan positif menerusi pembukaan hab logistik (ICD) di Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Bukit Kayu Hitam.

kedah

Foto: malaymail

Had tersebut dijangka mampu menrik kira-kira 240,000 unit kontena (TEU) dari selatan Thailand, menyumbang sehingga RM843 juta setahun kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri.

“Pembangunan bandar sempadan ini dilengkapkan lagi dengan pembinaan jalan menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sadao, Thailand yang dijangka siap pada September ini.
“Prasarana strategik ini diyakini mampu meningkatkan lagi nilai dagangan dua hala Malaysia-Thailand daripada RM117 bilion pada 2023 kepada RM141 bilion menjelang 2027, sebagaimana yang disasarkan, sekali gus memberikan manfaat kepada negeri Kedah menerusi aktiviti ekonomi rentas sempadan,” ujarnya.
kedah

Foto: BH

Dalam perkembangan lain, sempena usaha promosi Tahun Melawat Kedah 2025, sebanyak 1.5 juta pelancong telah direkodkan berkunjung ke negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Patik penuh yakin sasaran tujuh juta pelancong dapat dicapai menerusi 170 program yang dirangka mengikut Kalendar Acara Tahun Melawat Kedah 2025, termasuk 45 acara utama yang turut diserikan dengan elemen sukan, gastronomi, teknologi dan rohani,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian Online

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd