Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kawalan Mercun, Bunga Api Dilaksana Demi Keselamatan Awam – Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kawalan terhadap penjualan dan penggunaan mercun serta bunga api dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus terpelihara sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

Kawalan mercun demi keselamatan

Kawalan mercun demi keselamatan

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, tanggungjawab PDRM merangkumi aspek pengimportan, penjualan, penyimpanan dan penggunaan bahan berkenaan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut beliau, pelaksanaan kawalan itu dibuat berdasarkan Akta Bahan Letupan 1957, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 serta Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Pendekatan pengawalan yang dilaksanakan oleh PDRM adalah atas faktor ketenteraman awam dalam memastikan keselamatan masyarakat diutamakan.
“Langkah ini juga untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan, kebakaran dan gangguan komuniti yang sering dikaitkan dengan pembakaran mercun secara tidak terkawal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, mercun dikategorikan sebagai bahan letupan di bawah Seksyen 2 Akta Bahan Letupan 1957 kerana mengandungi komponen yang berupaya menghasilkan letupan, bunyi, cahaya, asap serta kesan visual tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, melalui Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025, sebanyak 45 jenis bunga api seperti ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan untuk dimiliki serta diimport dengan kelulusan Menteri.

“Menerusi Pemberitahuan Larangan Bahan Letupan 2025, sebanyak 45 jenis bunga api iaitu ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan untuk pemilikan serta pengimportan oleh Menteri.
“Kebenaran tersebut masih tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah berkaitan serta perlu mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi peringatan bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkaitan bahan letupan.

“Antara peruntukan yang boleh dikenakan termasuk Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 selain Seksyen 7 Akta sama melibatkan kesalahan memiliki, mengawal, menggunakan atau mengendalikan bahan letupan dengan niat membahayakan nyawa atau harta.
“Seksyen 8 pula melibatkan kesalahan membuat atau memiliki bahan letupan bagi tujuan yang tidak sah di sisi undang-undang,” jelasnya.

Artikel lain: Hanya Mercun Pop-Pop, Happy Boom Dibenarkan Sempena Tahun Baru Cina – Polis

Mohd Khalid turut memaklumkan bahawa di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, individu yang memasang bunga api secara menyalahi peraturan boleh dikenakan denda sehingga RM100 atau penjara maksimum satu bulan atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tegasnya, penguatkuasaan yang dijalankan PDRM adalah langkah proaktif bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd