Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Rentung, Lori Dipandu Bapa Terbakar Di Pasir Gudang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terbakar dalam kebakaran sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan berhampiran Iskandar Halal Park, Cahaya Baru, Pasir Gudang, hari ini.

Kanak-kanak rentung

Memetik laporan Berita Harin, dalam kejadian itu, bapa mangsa yang juga pemandu lori tersebut selamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Firdaus Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Volvo tanpa muatan yang terbakar kira-kira 60 peratus di bahagian kepala lori,” katanya.

Beliau menamba usaha pantas orang awam dilaporkan berjaya membantu memadam kebakaran daripada merebak, tetapi malangnya kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bas Umrah Terbakar Di Madinah, 42 Jemaah India Maut Termasuk Kanak-kanak

“Tindakan awal dari orang awam memadam api menggunakan enam unit alat pemadam api jenis debu kering dan satu unit jengkaut membawa tanah.”
“Ketika kejadian, terdapat seorang mangsa kanak-kanak berada di dalam lori, manakala pemandu lori seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Izz Laily Hussein)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd