Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kakak Naga Terharu Rezeki Melimpah, Dulu Ditipu Kini Jadi Fenomena TikTok

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan hangat daripada kumpulan peminat setianya yang digelar ‘kanak-kanak purba’.

Menurut laporan Majoriti, dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, suri rumah itu tidak mampu menahan sebak apabila menerima sokongan dan sumbangan yang tidak putus-putus daripada pengikutnya.

kakak naga

“Korang patutnya tidur, bukan bagi gift kat akak. Akak tak nak menangis, tapi terharu sangat. Tak sangka rezeki Allah bagi macam ni,” katanya.

Malah, pada malam tersebut, beberapa penonton menghadiahkan gift berbentuk singa iaitu antara yang termahal di platform tersebut.

Artikel lain: Mek Yun Beli Rumah Pertama, Titip Pesanan Buat Wanita – “Pastikan Ada Aset Sendiri”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Faizah turut meluahkan kisah pilunya apabila sering ditipu sepanjang lima tahun berniaga sehingga tidak mampu menyiapkan rumahnya di Bandar Hilir, Melaka.

“Rumah dah siap tinggal nak ambil kunci, tapi tak ada duit nak bayar. Lima tahun akak kena tipu, Allah saja yang boleh balas jasa korang,” ujarnya sebak.
kakak naga

Foto: Majoriti

Sebelum ini, Kakak Naga pernah mengusahakan restoran Mee Besen yang pernah tular sekitar 2019. Namun, selepas perniagaan itu tidak lagi beroperasi, dia beralih kepada gerai kecil dan kini berniaga di tepi jalan.

Pada waktu malam, dia membuat siaran langsung menjual pelbagai mainan kanak-kanak, namun pembelinya kebanyakannya adalah kanak-kanak purba iaitu golongan dewasa yang terhibur dengan gayanya.

“Dulu jual patung naga 3D saja, tapi tak sampai viral. Lepas bawa masuk mainan itik dari luar negara, orang makin suka dan jualan pun laris. Pernah sekali live saya ditonton 30,000 orang serentak,” jelasnya.

kakak naga

Kini, walapun mengakui dirinya seorang pemalu, Kakak Naga semakin sibuk dengan jemputan temu bual radio, program televisyen dan undangan khas. Dia juga menganggap semua itu sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Saya tak pernah impikan jadi popular. Cuma sekarang saya nak fokus melariskan lagi jualan dan penuhi permintaan pembeli. Yang penting, saya nak terus berikan hiburan kepada orang yang menonton,” tambahnya.

Fenomena Kakak Naga membuktikan bahawa dengan keikhlasan, ketabahan dan sedikit sentuhan unik dalam personaliti, sesiapa saja boleh mengubah nasib, walaupun bermula dari tepi jalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber:  Majoriti (Nan Hidayat Nan Azmi)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang dikaitkan dengan dakwaan insiden buli di sebuah sekolah di Papar, tampil memberikan keterangan di Ibu Pejabat...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd