Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kabinet Setuju, Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Bahasa Inggeris Dalam Urusan Rasmi

Kabinet Persekutuan bersetuju untuk membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan Bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, lapor FMT.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, keputusan itu diselaras dengan perlembagaan kedua-dua negeri yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris termasuk dalam prosiding di mahkamah dan DUN.

Keputusan itu dibuat kurang sebulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya surat rasmi untuk urusan kerajaan termasuk pihak swasta wajib menggunakan bahasa Melayu, kecuali dari syarikat antarabangsa.

“Kabinet Persekutuan bersetuju bahasa Inggeris dibenarkan dalam urusan rasmi di Sabah dan Sarawak selaras perlembagaan kedua-dua negeri yang menerima penggunaan bahasa itu.
“Ini (penggunaaan bahasa Inggeris) termasuk dalam prosiding di mahkamah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah serta Sarawak,” kata Ahli Parlimen Penampang itu.

Sabah Sarawak guna Bahasa Inggeris

Jelas beliau, penggunaan bahasa Inggeris dala urusan rasmi tidak akan menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebaliknya, ia akan menambahkan lagi keupayaan anak tempatan untuk menguasai bahasa antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Arah Jabatan Kerajaan Jangan Layan Surat Tidak Guna Bahasa Kebangsaan

Sementara itu, Ewon berkata program  Be English Speakers Today (BEST) anjuran bersama Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Pendidikan INDEP dapat membudayakan pengunaan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda.

Difahamkan, program BEST itu memanfaatkan lebih 390 pelajar dari enam daerah terpilih di negeri ini, yang akan mengikuti pembelajaran mengikut modul disediakan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Katanya lagi, pelajar digalakkan menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa iaitu bahasa ibunda, bahasa kebangsaan dan bahasa utama antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahasa kebangsaan yang wajib dikuasai warganegara Malaysia selain bahasa antarabangsa ini termasuk bahasa Inggeris, Mandarin, Arab atau bahasa utama lain di dunia.

Sumber: FMT 

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd