Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Waktu ‘Bulan Madu’, Kabinet Baharu Diminta Bertenang Sebelum Buat Keputusan

Anggota kabinet baharu dilantik atau bertukar portfolio diingatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan tanpa memahami sepenuhnya pengurusan serta dasar kementerian masing-masing.

Anggota kabinet baharu harap tak tergesa-gesa buat keputusan

Memetik laporan daripada Kosmo! Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan walaupun tiada tempoh masa khusus ditetapkan oleh Perdana Menteri, namun mesej yang disampaikan jelas bahawa tiada konsep ‘bulan madu’ diberikan kepada menteri baharu.

Anggota kabinet baharu diharap dapat memahami dasar kementerian masing2 dahulu

Menurut Fahmi, perkara itu ditegaskan sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung semalam, dengan penekanan agar setiap menteri memberi ruang kepada pegawai dan penjawat awam untuk menyampaikan pandangan serta input sebelum sesuatu keputusan dasar dibuat.

“Perdana Menteri mengalu-alukan kehadiran semua menteri baharu dan mengingatkan supaya tidak membuat sebarang keputusan dalam tempoh terlalu singkat.

“Sebaliknya, beri ruang kepada pegawai serta penjawat awam menyampaikan pandangan dan input sebelum keputusan dasar dibuat. Walaupun tiada tempoh khusus ditetapkan, namun mesejnya jelas, tiada ‘honeymoon’ kepada rakan-rakan menteri baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Auditorium Seri Angkasa, Kompleks Angkasapuri Kota Media, hari ini. Fahmi turut memaklumkan terdapat dalam kalangan menteri baharu yang masih dalam proses memahami sepenuhnya sistem serta tatacara Mesyuarat Jemaah Menteri, justeru penelitian rapi sedang dilakukan sebelum sebarang keputusan penting diputuskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Perdana Menteri dijangka memantau secara dekat prestasi serta perkembangan anggota Kabinet menerusi mesyuarat berkenaan bagi memastikan sebarang isu pentadbiran dapat ditangani dengan segera.

kabinet baharu

Artikel lain: Ketua AKPS Jelaskan Bukan Mudah Buang Penjawat Awam Tidak Berintegriti

Untuk rekod, Anwar sebelum ini mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan 28 menteri dan timbalan menteri, termasuk pertukaran portfolio serta lantikan baharu, sebagai langkah memperkukuh kecekapan pentadbiran dan memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan. Rombakan itu turut menyaksikan enam timbalan menteri bertukar peranan selain seorang muka baharu dilantik sebagai menteri penuh.

Sumber: Kosmo! (Mohd Fahmi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd