Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Johari Ghani Mula Tugas Sebagai Menteri, Kekal Terajui Pasukan Petugas 1MDB

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mula tugas sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu dengan melakukan sesi ‘clock-in’ di Putrajaya, jam 1.13 tengah hari tadi.

Naib Presiden UMNO itu kembali membuat penampilan selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Johari Ghani mula tugas sebagai menteri

Johari Ghani mula tugas sebagai menteri

Beliau dilantik mengetuai portfolio baharu tersebut daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Johari memaklumkan beliau masih kekal sebagai Pengerusi Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) biarpun mempunyai jawatan dalam Kabinet.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Insya-Allah, buat masa sekarang saya masih (terajui pasukan petugas itu),” katanya pada media selepas diminta mengulas kedudukan dalam jawatan kuasa 1MDB.

Johari Ghani mula tugas sebagai menteri

Turut hadir bagi sesi berkenaan ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi baharu iaitu Datuk Chan Foong Hin yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Johari Ghani mula tugas sebagai menteri

Pada masa sama, bekas Menteri Kewangan II itu turut mengulas tentang permohonan bagi timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara kerajaan Malaysia, 1MDB dan Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs).

Artikel lain: Ahli Parlimen Titiwangsa Dedah, Minyak Masak Peket Diseleweng Buat Biodiesel

“Kita ada pertikaian sebab dia (Goldman) tidak memenuhi perjanjian penyelesaian yang telah ditandatangani pada tahun 2020.
“Kemudian apabila saya jadi pengerusi saya tengok saya cakap tidak, dia (Goldman) perlu bayar mengikut perjanjian yang kita buat.
“Tapi malangnya selepas empat kali kita bagi penangguhan kepada mereka, dia tidak masih tidak mahu bayar bayaran pertama bayaran iaitu AS$250 juta,” ujarnya.

Pada Oktober lalu, kumpulan pelaburan itu bertindak menyaman Kerajaan Malaysia di sebuah mahkamah di United Kingdom, susulan perselisihan faham berhubung penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya mengenai penyelesaian skandal 1MDB.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd