Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jatuh Lubang Kumbahan: Bapa Luah Rindu, Kenang Persahabatan Arwah Anak

Kisah pemergian seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairol Rizal yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di kawasan sebuah sekolah di Lenggeng, Rembau baru-baru ini terus mengundang sebak.

Insiden jatuh lubang kumbahan

Bapanya, Khairol Rizal Mustafar, 42, berkongsi rasa kehilangan itu menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok sambil mengenang persahabatan erat antara anaknya dengan seorang rakan sekelas bernama Qarnain.

lubang kumbahan

Atah dan Qarnain… mereka bersahabat baik. Meja pun bersebelahan, saiz badan dan ketinggian pun hampir sama. Pakcik tahu Qarnain pasti merindui Abdul, kan? Pakcik pun sama, turut merasakan rindu itu,tulisnya pada Selasa.

lubang kumbahan

Menurut Khairol Rizal yang juga Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), meskipun masih kecil, anaknya dan Qarnain sudah mengerti erti persahabatan sejati yang lahir dari hati yang ikhlas serta penuh kejujuran.

Artikel lain: Murid Terjatuh Lubang Kumbahan: Sembilan Individu Diambil Keterangan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menitipkan pesan kepada Qarnain agar terus berusaha dalam pelajaran, sambil mengingatkan bahawa persahabatan mereka bakal berlanjutan hingga ke akhirat.

Qarnain sayang… kita doakan yang baik-baik ya. Di akhirat nanti, insya-Allah Qarnain akan berjumpa dengan Abdul.
“Nabi pernah bersabda, ‘Kita akan bersama dengan orang yang kita cintai di dunia.’ Jadi jangan risau, Abdul pasti akan menjemput Qarnain untuk bersama-sama di dalam syurga,luahnya lagi.

Dalam hantaran itu, Khairol Rizal turut berkongsi beberapa gambar kedua-dua sahabat itu termasuk gambar Qarnain yang dilihat setiap hari menziarahi pusara sejak pemergian arwah anaknya.

lubang kumbahan

lubang kumbahan

Abdul selalu cakap pada pakcik, Qarnain ini budak yang pandai. Pakcik doakan semoga Qarnain menjadi anak soleh yang membahagiakan ibu dan ayah, insya-Allah,” tambah Imam 2 Masjid Khairiah itu.

lubang kumbahan

Abdul Fattah, atau mesra dipanggil “Abdul” di sekolah disahkan meninggal dunia selepas insiden terjatuh ke dalam saluran kumbahan di kawasan sekolah tersebut ketika berlangsung program hari sukan sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, guru dan rakan-rakan.

Sumber: TikTok abifattah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd