Seorang wanita dikenali sebagai Anissa meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dicurangi suaminya pada Mei lalu, yang kini sudah bergelar bekas suami.
Isteri terjah suami curang di lapangan terbang
Kisah itu dimuat naik menerusi satu hantaran video di laman Instagram memaparkan dia menerjah suaminya dan seorang wanita lain dipercayai penyondol di sebuah lapangan terbang.
Menurut Anissa, segalanya bermula pada 31 Mei lalu sekitar jam 5.31 pagi apabila dia menerima mesej WhatsApp daripada suaminya yang menghantar dokumen tiket penerbangan Bali ke Jakarta.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah tiket tersebut bukan atas namanya, sebaliknya nama wanita yang langsung tidak dikenalinya.
“Selepas berfikir panjang, saya putuskan untuk memastikan sendiri kebenaran tiket itu di lapangan terbang. Sayangnya, memang benar. Saya lihat suami saya bersama perempuan lain,” katanya dalam hantaran tersebut pada Isnin.
Lebih memilukan, percutian itu didakwa dirancang hanya sehari selepas ulang tahun kelahiran Anissa, sekali gus situasi tersebut membuatkan dirinya berasa ditinggalkan dan dikhianati.
Artikel lain: ‘Dia Kawan Daddy’ – Diterjah Isteri, Suami Kantoi Teman Skandal Pergi Klinik
Pada masa sama, Anissa turut mendakwa tiket itu sebenarnya dihantar oleh wanita yang digelar pelakor atau penyondol bernama Lucknut.
“Saya tidak mengerti, untuk apa dia harus mengirimkan tiket itu kepada saya,” tulisnya.
Dia mengakui masih cuba berfikir waras dan membuat keputusan untuk berpisah apabila mengetahui hubungan itu akhirnya berakhir dengan perkahwinan.
Apa yang lebih meruntun perasaan, pada 23 Jun lalu Anissa dan suaminya ada membuat keputusan untuk memulakan program hamil di sebuah hospital di Jakarta.
Namun hanya sehari kemudian iaitu pada 24 Jun, lelaki itu dinikahkan dengan orang ketiga berkenaan.
“Bagaimana rasanya, Mbak, sudah dinikahi oleh suami saya? Enak ya, tidak perlu lagi bekerja keras di tempat kerja? Semoga rumah tangga kalian diberkahi Allah, walaupun hati saya hancur sehancur-hancurnya,” luah Anissa dengan nada sinis.
Dalam perkongsian sama juga,Anissa mendedahkan dirinya merupakan seorang yatim piatu dan kini terpaksa melalui kehidupan bersendirian selepas ditinggalkan.
Walaupun berdepan ujian besar dalam rumah tangga, Anissa dilihat tetap mendoakan agar rumah tangga bekas suami bersama pasangan baharunya kekal dalam rahmat Allah SWT.
Sumber: Instagram alinechaa
