Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Maut, Suami Cedera Kereta Terbabas Langgar Tembok Pembahagi Jalan

Sebuah kereta dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tembok pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan, mengakibatkan seorang wanita maut dalam kejadian di Kilometer 96 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tanjung Malim, pada Isnin.

Isteri maut, suami cedera kereta terbabas

Isteri maut

Foto: Media sosial

Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, DSP Suhaimi Muhamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.

Isteri maut

Foto: FB Jabatanarah Rekod Dan Pencen – BPA-JRP

Suhaimi berkata, mangsa Nur Syuhada Mohd Yusoff, 32, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala suaminya Muhammad Aiman ​​Shah Asba, 34, hanya mengalami kecederaan ringan.

Artikel lain: Mahu Ambil Ubat Di Hospital, Suami Isteri Maut Motosikal Dirempuh Lori

Isteri maut

Foto: Sinar Harian

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Vios dipandu suami mangsa dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan, terbabas dan merempuh tembok pembahagi jalan hingga masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Suhaimi berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat, manakala suaminya yang juga seorang anggota tentera turut menerima rawatan lanjut di hospital sama.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd