Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inspektor Polis Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Terima Rasuah RM23,000

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Rabu atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000 sebagai balasan melepaskan tiga individu yang terlibat dalam kes dadah.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Foto: Buletin TV3

Berdasarkan pertuduhan pertama, Khairul Faiz didakwa menerima suapan sebanyak RM15,000 daripada seorang individu bernama Mohamad Adam A. Rahman.

Wang tersebut didakwa dipindahkan ke akaun pihak ketiga sebelum disalurkan ke akaun Maybank milik isterinya.

Perbuatan itu didakwa berlaku di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu sekitar jam 2 pagi pada 26 Februari 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rasuah tersebut dipercayai sebagai balasan untuk membebaskan tiga individu yang ditahan dalam serbuan berkaitan dadah jenis syabu serta untuk menghapuskan bahan bukti yang ditemui.

Bagi pertuduhan kedua, Khairul Faiz sekali lagi didakwa menerima wang rasuah sebanyak RM8,000 daripada individu yang sama, menerusi kaedah transaksi dan akaun yang serupa, pada masa dan tarikh yang sama.

Foto: Astro Awani

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Selain itu, beliau diperintahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah sebagai syarat tambahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah menetapkan 18 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Dunia menerima satu perkhabaran gembira setelah kardinal Robert Prevost dari Amerika Syarikat (AS) dipilih menjadi Pope ke-267 iaitu pemimpin tertinggi Gereja Katolik Rom. Robert...

Sukan

Tular di TikTok baru-baru ini beberapa rakaman menyayat hati memaparkan seorang lelaki dipercayai bekas penjaga gol hoki kebangsaan bawah 16 tahun, Mohamad Asmawi Zaidi,...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat elektronik gergasi dari Jepun, Panasonic rancang buang seramai 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam usaha meningkatkan keuntungan dan menstruktur semula operasinya, lapor AFP....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd