Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

India Kurangkan Import, Harga Sawit Terjejas

Tindakan pembeli terbesar minyak sawit negara, India kurangkan import minyak sayuran menyebabkan harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) rendah pada awal dagangan, semalam.

Difahamkan, pasaran MSM tempatan turut terjejas apabila terdapat kelemahan harga minyak boleh dimakan pesaing.

India kurangkan import

Artikel lain: Harga Sawit Diramal Terus Lemah Sehingga Tahun Depan

Bukan itu sahaja, kontrak penanda aras minyak sawit pada April turun RM38 atau satu peratus kepada RM3,760 (AS$795.26) satu tan selepas pasaran menyambung semula dagangan selepas bercuti semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, kontrak hadapan MSM telah merosot kira-kira enam peratus setakat minggu ini.

Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman memaklumkan negaranya akan berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran minyak bijian tempatan.

Langkah tersebut diambil sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan import minyak sayuran daripada pengeluar minyak makan terbesar dunia.

Dalam pada itu, kontrak minyak soya Dalian yang paling aktif jatuh 0.5 peratus, manakala kontrak minyak sawit susut 0.62 peratus. Bahkan, harga minyak soya di Chicago Board of Trade turut merosot 0.2 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan semua, pergerakan harga minyak antara faktor yang mempengaruhi harga minyak sawit kerana persaingan yang wujud untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran minyak sayuran global.

Sumber: Reuters

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Lokal

Perbicaraan kes perebutan harta pusaka bernilai lebih RM1.6 bilion membabitkan cucu kepada pengasas Kumpulan Genting, Lim Goh Tong, berlangsung dalam suasana tegang di mahkamah...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd