Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Imam Masjid Lemas, Ditemui Selepas Lebih 10 Jam Operasi Menyelamat

Seorang imam dari Pontian yang dilaporkan terjatuh dari bot awal pagi Selasa ditemukan lemas selepas lebih 10 jam usaha mencari dan menyelamat dijalankan di perairan Jeti Kampung Semaloi, Mersing.

Menurut laporan Sinar Harian, Mangsa, Mohd Al-Hafitz Md Yunos, 45, ditemukan pada jam 12 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), kira-kira 100 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, PBK II Mohd Supian Yahya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) sekitar jam 2.30 pagi, didapati benar terdapat seorang lelaki terjatuh dari bot berhampiran jeti.
“Pencarian awal dilakukan menggunakan kaedah ‘surface searching’ dalam radius sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, namun terpaksa ditangguhkan pada jam 3.30 pagi atas faktor keselamatan dan keadaan gelap,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Operasi disambung semula pada jam 8 pagi melibatkan dua bot milik bomba serta bantuan 10 anggota PPDA dari Mersing dan Skudai.

Teknik pencarian termasuk ‘windshield wiper searching’ dan ‘surface searching’ digunakan sebelum mangsa akhirnya ditemukan tengah hari.

Mangsa kemudian dibawa ke darat pada jam 12.15 tengah hari dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Sinar Harian

Seramai 20 anggota bomba terbabit dalam operasi SAR termasuk 10 anggota dari BBP Endau dan 10 lagi daripada pasukan PPDA dan operasi turut mendapat bantuan daripada sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia  (RELA), 12 kakitangan Pejabat Agama dan 51 orang awam.

Pelbagai aset logistik turut digunakan dalam operasi termasuk dua bot penyelamat, lori, kenderaan utiliti ringan, unit EMRS serta sebuah bot fiber milik orang awam.

Sumber: Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Sosial

Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen. Donat kosong seperti didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd