Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Himpunan Di Menara Condong Sabtu Ini Tidak Dapat Kebenaran Polis

Program patriotik mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong yang akan diadakan di Teluk Intan, Sabtu ini tidak mendapat sebarang kebenaran pihak berkuasa.

Foto: BERNAMA

Menerusi satu kenyataan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya telah dimaklumkan berkenaan permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan program tersebut, 11 November lalu.

Susulan itu, pihak polis telah menampal satu notis pemberitahuan untuk mendapatkan pandangan orang awam berkenaan program yang akan dijalankan pada 16 November nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil pemakluman notis berkaitan penganjuran perhimpunan ini, pihak polis telah menerima maklum balas daripada pemunya Dataran Menara Condong Teluk Intan iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).
“Pihak MPTI tidak memberi kebenaran kepada penganjur mengadakan perhimpunan tersebut atas alasan dataran tidak sesuai sebagai tempat berhimpun,” katanya pada Rabu.

Ahmad Adnan memaklumkan bahawa pihak penganjur melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak mendapatkan kelulusan MPTI untuk menggunakan tempat tersebut.

Oleh itu, pihaknya tidak dapat memproses permohonan pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan yang dijadualkan pada 16 November bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan memelihara ketenteraman awam demi menjamin keselamatan serta keamanan masyarakat setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan

Terdahulu, satu program bertajuk Himpunan Patriotik Rakyat yang dianjurkan oleh Sekretariat Patriotik Rakyat telah diiklankan di Facebook untuk diadakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada hari Sabtu, bermula jam 5 petang hingga 7 malam, dan poster program turut dikongsi di laman Facebook Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Hilir Perak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Lokal

Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan institusi itu dengan gerakan Freemason. Dakwaan pensyarah terlibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd