Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hilang Kepercayaan Kepimpinan Tertinggi, Lima Bahagian Bersatu Di Melaka Dibubar Serta-merta

Sebanyak lima bahagian Bersatu di Melaka iaitu Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu, Alor Gajah dan Jasin dibubarkan serta-merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.

Pembubaran turut melibatkan Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Armada, Srikandi, Srikandi Muda, Bersekutu Bahagian serta seluruh cawangan serta sayap-sayap cawangan.

Foto arkib: Bernama

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik turut mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Ketua Bahagian Bersatu Alor Gajah dan lain-lain jawatan disandangnya dalam parti berkenaan.

Beliau berkata keputusan berkenaan dibuat secara sebulat suara, sukarela dan tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak setelah keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu tidak lagi dapat dipulihkan.

“Kami menegaskan hilangnya kepercayaan ini berpunca daripada kegagalan kepimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan kepimpinan pusat dalam menangani krisis dalaman parti secara tuntas dan berhemah, mengembalikan kestabilan serta kredibiliti organisasi serta menyusun strategi politik yang jelas dan meyakinkan,” katanya pada sidang media di Melaka hari ini.

Foto arkib: FMT

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyertai jajaran politik baharu yang akan ditubuhkan serta menjadi ahli jawatankuasa penajanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd