Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hadiah Coklat Disumbangkan Pada Anak Yatim, Haroqs Mahu Hidup Tenang

Salah seorang daripada peserta termuda misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs menuai perhatian apabila menyumbangkan hadiah coklat yang diterimanya buat anak-anak yatim.

Coklat diberikan kepada anak yatim

Coklat diberikan kepada anak yatim haroqs

Menurut perkongsian di TikTok, Haroqs memohon maaf sekiranya tindakannya itu mengguris hati sesetengah pihak dan merasakan coklat itu lebih baik diberikan kepada mereka yang memerlukan.

@haroqscrazy

Terima Kasih rakyat Malaysia one day kita bawak coklat banyak sama sama ke sana okay

♬ Usik – Feby Putri

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Assalamualaikum semua, saya nak minta maaf sebab kepada yang bagi coklat dekat saya hari tu saya dah sumbangkan kepada anak-anak yatim sebab saya rasa mereka lebih memerlukan,” katanya di TikTok.

Anak muda berusia 25 tahun itu turut menjelaskan tidak berasa tenang apabila menerima hadiah coklat terlalu banyak sedangkan tidak berjaya membawa manisan itu untuk diberikan kepada kanak-kanak di Gaza, Palestin.

“Saya tak rasa tenang bila dapat coklat-coklat begitu banyak. Sepatutnya coklat tu kita bawa buat anak-anak Gaza tapi kita tiada rezeki nak hantar dekat anak-anak kat sana.
“Saya cuma mampu berdoa suatu hari nanti saya dapat bawa coklat yang banyak untuk mereka dan buat sementara waktu ini apa saya boleh buat hanyalah saya berikan kepada yang memerlukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Haroqs turut mengingatkan agar orang ramai terus menyuarakan isu berkenaan Palestin dan berdoa agar mereka tidak terus ditindas.

“Jangan lupa terus cakap pasal Palestin, ada ramai lagi kawan-kawan kita yang tengah berjuang, ada ramai lagi yang dekat penjara jadi kita kena terus berdoa supaya mereka dapat dibebaskan dengan keadaan selamat,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat, Haroqs Terima Banyak Hadiah Coklat

Sebelum ini, aktivis itu mendapat liputan meluas berkenaan hasratnya untuk memberikan coklat buat anak-anak Gaza namun impian itu tidak tercapai apabila dia ditahan oleh tentera Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk info, Haroqs telah dibebaskan pada Sabtu lalu setelah ditahan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa dan selamat tiba ke tanah air, malam tadi.

Sumber: TikTok Haroqs

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd