Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Padi Jatuh RM600 Satu Tan, Pesawah Tuntut Harga Lantai Lebih Adil

Penurunan harga padi sehingga RM600 telah menyebabkan golongan pesawan tuntut harga lantai padi lebih adil kepada pihak kerajaan memandangkan ia memberi kesan terhadap kehidupan mereka.

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain meluahkan rasa kecewa tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per tan kepada harga lantai RM1,200 mulai hari ini.

Mana tidaknya, pengenalan harga baru tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding RM1,285 yang diterima pada musim lalu, sekali gus membuatkan pesawah berasa tertipu atas pengumuman kenaikan harga padi.

Harga padi jatuh

Artikel lain: Harga Sawit Diramal Terus Lemah Sehingga Tahun Depan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan dan pengilang perlu bersikap adil dan bertimbang rasa kepada petani, kerajaan perlu mengkaji semula bagi menetapkan harga siling beras yang munasabah. Harga padi dan beras perlu diselaraskan dan diseimbang kepada harga yang lebih adil antara petani-pengilang-pengguna.
“Kerajaan perlu melihat kepentingan dengan adil bagi pengusaha beras tempatan disamping keperluan petani. Contohnya, kerajaan China memberi bantuan insentif kepada petani mereka sebagai galakan ke arah meningkatkan tahap pengeluaran dan industri pada negara itu.
“Sebaliknya, Malaysia kini secara tidak langsung menggalakkan rakyat membeli beras import kerana di pasaran kini, pengguna sukar mendapatkan beras tempatan dan yang ada beras import sahaja. Ini memberi keuntungan kepada pihak tertentu membuktikan kegiatan ini mungkin dikawal kartel,” katanya.

Semalam, kecoh di media sosial apabila golongan pesawah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan pengilang yang menurunkan harga kepada RM1,200 berbanding RM1,700 sebelum ini.

Difahamkan, golongan pesawah sudah lama terhimpit dengan isu padi sejak dahulu lagi namun, suara mereka seakan-akan diendahkan oleh pihak berkepentingan.

“Pengumuman peruntukan RM400 juta subsidi beras import untuk kem tentera, polis, asrama sekolah dan hospital adalah bukan jalan penyelesaian jangka panjang, tetapi hanya langkah sementara dan tidak menyeluruh.
“Kerajaan nampaknya tidak sensitif mengenai isu industri padi yang kini rakyat mengetahui dikuasai kartel di setiap sudut bermula pembajakan, input benih dan baja, tuai padi, kadar potongan berat padi, harga padi dan kadar subsidi sehingga infrastruktur kawasan sawah,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (M Hifzuddin Ikhsan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd