Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tular Dengan Konten Cuci Masjid, Pemuda Terima Jemputan Tunai Haji Dari Arab Saudi

Terima jemputan tunai haji dari Arab Saudi

Melaksanakan ibadah haji adalah impian setiap seorang Muslim namun tidak semua berpeluang mengerjakan ibadah tersebut kerana melibatkan kos yang sedikit tinggi.

Terima jemputan tunai haji dari Arab Saudi

Terima jemputan tunai haji dari Arab Saudi

Baru-baru ini tular kisah seorang pemuda asal Indonesia,  Muhamad Cecep Abdullah yang terkenal dengan konten mencuci masjid telah menerima undangan kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji secara percuma.

Memetik laporan detik, Cecep berkata dia sering melihat berita berkenaan jemaah yang dijemput atas undangan khas ke Tanah Suci bahkan ketika dirinya mengerjakan umrah dia sempat berdoa di Raudhah meminta kepada pencipta agar diberi rezeki menunaikan haji pada tahun ini.

“Doa saya waktu itu, Ya Allah undang lah aku bagi haji 2025, bagaimanapun caranya,” pinta Cecep baru-baru ini.
Terima jemputan tunai haji dari Arab Saudi

Foto: detik

Tanpa disangka, pada 14 Mei lalu Cecep dimasukkan ke dalam grup WhatsApp jemaah jemputan 2025. Di situlah dia mula percaya, bahawa doa yang pernah dipohon telah termakbul.

“Saya baru betul-betul rasa doa itu termakbul dan bakal berangkat ke Mekah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cecep mengakui masih terkejut dan tidak tahu bagaimana dirinya boleh terpilih sebagai jemaah jemputan dan berasa ramai lagi yang lebih layak berbanding dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tidak faham saya dinilai dari sisi mana hingga diberi rezeki sebesar ini. Banyak yang lebih rajin membersihkan masjid dari saya dan lebih suka bersedekah juga. Mungkin ini memang panggilan dari Allah,” tambahnya lagi.

Terima jemputan tunai haji dari Arab Saudi

Artikel lain: Raja Salman Dilapor Taja 1,000 Rakyat Palestin Tunai Haji

Untuk rekod, Cecep merupakan satu-satunya jemaah dari Sukabumi yang terpilih. Secara keseluruhan, kumpulan jemputan yang diikuti olehnya mempunyai sebanyak 21 orang dari berbagai daerah. Mereka dijadualkan berangkat ke Mekah pada 29 Mei 2025.

Sumber: Detik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd