Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna! Bekas Pelajar SESMA Hadiahkan Bas RM670,000 & Bina Surau Baharu

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna!

Sambutan Hari Guru Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) tahun ini jadi lebih bermakna apabila bekas pelajar tampil menghadiahkan sebuah bas baharu bernilai RM670,000, sekali gus mencipta sejarah tersendiri dalam sejarah sekolah berprestij itu.

Bas berkenaan disumbangkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah SESMA (My SESMA) dan diserahkan oleh Presidennya, Datuk Mohd Zuber Embong kepada Pengetua SESMA, Hayati A Rahman dalam satu majlis penuh emosi di sekolah itu.

Datuk Zuber yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata, pembelian bas itu adalah hasil kutipan dana selama 22 bulan, bermula Februari 2023.

“Cadangan awal jawatankuasa My SESMA melancarkan kutipan derma termasuk menganjurkan malam gala adalah untuk pembinaan surau baharu yang boleh menampung kira-kira 250 jemaah,” katanya.

Hadiah Hari Guru Paling Bermakna!

Bagaimanapun, katanya, setelah menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk kemudahan pengangkutan, My SESMA bersetuju menyalurkan sebahagian dana untuk pembelian bas baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun sebahagian daripada dana digunakan untuk membeli bas, projek pembinaan surau baharu tidak terjejas. Surau baharu sekolah dijangka dapat digunakan sepenuhnya Ogos depan.
“Bas baharu dan surau adalah hadiah istimewa daripada My SESMA kepada pihak sekolah sempena sambutan Hari Guru 2025,” katanya lagi.

Artikel lain: Hadiah Paling ‘Rare’! Cikgu Teruja Dapat Ikan Segar Dari Murid Sempena Hari Guru

Menurutnya, keseluruhan dana terkumpul mencecah RM2 juta, hasil sumbangan orang ramai dan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mencerminkan semangat jitu alumni untuk terus menyumbang kepada pembangunan sekolah.

Inisiatif itu bukan sahaja membuktikan penghargaan mendalam bekas pelajar terhadap jasa guru, malah menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang tentang erti sebenar “guru pencetus generasi gemilang.”

Sumber: BH Online (Baharom Bakar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd