Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Dibunuh, Guru Dan Anak Sulung Ditemui Maut Di Rumah

Seorang guru wanita dan anak sulungnya berusia 21 tahun, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan dalam satu insiden tragis yang berlaku di sebuah rumah teres setingkat di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di Melaka awal pagi Khamis.

Guru dan anaknya ditemui di ruang tamu

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 6 pagi itu menyaksikan guru dan anaknya itu ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah.

guru dan anak

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, anak lelaki bongsu guru tersebut yang berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan garaj rumah, manakala anak kedua mangsa yang berusia 17 tahun baru sahaja pulang ke rumah pada pagi hari kejadian.

Artikel lain: Dakwa Pelajar UPSI ‘Pergi’ Dalam Keadaan Berhutang, Guru Tampil Mohon Maaf

Sehingga jam 9 pagi, pasukan forensik polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian, yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Eu Kee Leong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
guru dan anak

Foto: Kosmo!

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif serta suspek yang terlibat dalam kejadian menyayat hati ini.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd