Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Najib Gagal Gugurkan Tiga Tuduhan Pengubahan Wang Haram SRC Berjumlah RM27 Juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal gugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Ashrof Adrin Kamarul di Mahkamah Tinggi hari ini yang berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menolak representasi yang dikemukakan oleh Najib pada 31 Julai 2023.

Gagal gugurkan tiga tuduhan

Gagal gugurkan tiga tuduhan

Dengan keputusan tersebut, pihak pendakwaan akan meneruskan prosiding perbicaraan bagi kes berkenaan seperti yang dijadualkan.

Najib, 71 tahun, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam tiga akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 400,000 Peminjam PTPTN Tidak Pernah Bayar Balik, Nilai Pinjaman Cecah RM5 Bilion

Gagal gugurkan tiga tuduhan

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jika disabitkan bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda hingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd