Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Pengarah Tak Sangka Filem Papa Zola Beri Kesan Mendalam Pada Penonton – “Ada Babak Sentuh Perasaan”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak tidak pernah menyangka filem Papa Zola mampu memberi kesan mendalam kepada orang ramai yang menontonnya.

Menurut Nizam, sepanjang proses penghasilan, pihaknya sedar ada beberapa babak yang sedikit menyentuh perasaan namun tak menjangka reaksi penonton begitu kuat sama ada daripada anak kecil hingga orang dewasa.

Filem Papa Zola

Filem Papa Zola

“Matlamat kami sederhana. Kami mahu penonton keluar dari pawagam dengan rasa kasih sayang yang bertambah, dan hati yang lebih menghargai sesama sendiri.
“Apa yang membuatkan ramai tersentuh sebenarnya bukan hanya kisah Papa Zola, tetapi cerminan diri sendiri apabila melihat Papa Zola, Mama Zila dan keluarga.
“Mungkin ramai yang melihat diri mereka dalam watak-watak ini; insan yang berjuang demi keluarga, berkorban tanpa meminta dan mencintai tanpa berkata-kata.
“Apabila melihat Papa Zola, ada yang melihat diri sendiri. Ada yang melihat suami mereka. Dan ada juga yang melihat ayah mereka sendiri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Nizam yang juga merupakan pengarah filem animasi itu berkata, Papa Zola dan Mama Zila hanyalah watak fisyen tetapi, apa yang penonton alami dalam kehidupan sebenar itu adalah nyata.

Artikel lain: Papa Zola The Movie Atasi Filem Antarabangsa, Kutip RM26.6 Juta Dalam Tempoh 11 Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem Papa Zola

Malah, pihaknya membaca setiap maklum balas serta perkongsian penonton satu persatu, dan ada kisah yang jauh lebih menyedihkan, lebih kuat, dan lebih bermakna daripada apa yang dipaparkan di layar perak.

“Kami hanya menghasilkan sebuah filem. Tetapi andalah yang menjadikan Papa Zola The Movie lebih daripada sekadar naskhah filem hiburan.
“Semoga ia menjadi satu memori berharga yang anda simpan bersama keluarga,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, filem Papa Zola kini mencatat kutipan RM43 juta, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai antara filem animasi tempatan paling berjaya dalam sejarah perfileman Malaysia.

Sumber: Facebook @Nizam Abd Razak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd