Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Hanya Kutip RM2.3 Juta? Filem Keluang Man Bukan Tentang Keuntungan, Tapi Hala Tuju Baharu

Filem Keluang Man Bukan Tentang Keuntungan

Selepas 18 hari tayangan, filem adiwira tempatan Keluang Man hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.3 juta. Angka itu dianggap mengejutkan, lebih-lebih lagi kerana filem ini berada di bawah Skim Wajib Tayang dan diterbitkan oleh gergasi industri, Astro Shaw.

Menurut data Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), setakat ini hanya sekitar 141,000 penonton menyaksikan filem itu di pawagam.

Kutipan yang rendah itu nyata menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk rasa kecewa dalam kalangan penggiat seni dan penonton yang meletakkan harapan tinggi terhadap adaptasi watak ikonik era 90-an itu.

Filem Keluang Man Bukan Tentang Keuntungan

Namun, bagi pihak penerbit, angka bukan segalanya. Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, misi sebenar filem ini bukan tertumpu kepada kejayaan komersial semata-mata.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi kami, projek ini adalah usaha untuk membuka laluan baharu kepada filem adiwira tempatan.
“Keluang Man bukan sekadar kutipan, tetapi tentang hala tuju baharu,” jelasnya.

Filem itu turut menerima pujian dari segi nilai produksi dan usaha berani memperkenalkan semula karakter legenda Malaysia dalam bentuk moden.

Artikel lain: Don Dukun Raih Kutipan RM3 Juta Selepas Enam Hari Tayangan

Sementara itu, naskhah Gantung: Musketeer Code pula hanya mencatat kutipan RM117,000 dalam masa 11 hari, dan telah ditamatkan tayangan lebih awal di beberapa pawagam.

Walaupun Keluang Man belum ‘terbang tinggi’ dari segi kutipan, ramai pemerhati industri percaya ini mungkin titik mula penting dalam membina semula genre adiwira Malaysia.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Lokal

Sepasang kekasih dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tidak senonoh di tanah perkuburan Cina di Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd