Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Perkenal Projek ‘Elite Game’, Cungkil Bakat Muda Bola Sepak Negara

Dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak tanah air, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu dikenali sebagai Projek ‘Elite Game’, yang memberi fokus kepada pencarian dan pembangunan pemain muda berbakat sebagai pelapis skuad kebangsaan.

Menurut laporan Harian Metro, menurut Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, projek ini merupakan hasil perbincangan bersama Ketua Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, serta dua jurulatih lain, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain, bagi membentuk satu platform pembangunan lebih sistematik.

fam

Foto: Harian Metro

“Projek ini menghimpunkan pemain-pemain berpotensi dari skuad Bawah 23 Tahun (B-23) dalam tempoh masa singkat untuk bermain dalam perlawanan dalaman. Ia bukan sekadar meningkatkan keserasian pasukan, tetapi juga menjadi medan untuk mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan,” katanya.

Tan Cheng Hoe turut menegaskan bahawa projek ini dilihat sebagai sebahagian daripada persiapan awal untuk menghadapi beberapa kejohanan penting seperti Piala AFF B-23, Kelayakan Piala Asia, dan Sukan SEA.

Artikel lain: Safawi Rasid Tinggalkan TFC, Azam Azmi Kekal Perkuat Skuad Penyu

Menariknya, skop ‘Elite Game’ tidak terhad kepada skuad B-23 sahaja. FAM turut merancang untuk melibatkan kumpulan umur lain seperti skuad B-18 dan B-20, bagi memastikan kesinambungan pembangunan pemain muda yang lebih menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
fam

Foto: Malaysia Gazette

“Kita mahu libatkan skuad B-18 dan B-20 juga dalam projek ini kerana mereka adalah sebahagian daripada perancangan masa depan skuad kebangsaan. Kita bercadang untuk menjalankan program ini secara bulanan,” ujarnya.

Dengan pelaksanaan berterusan projek ini, FAM optimis ia dapat menjadi landasan kukuh untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti demi memperkasa masa depan bola sepak negara.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Lokal

Bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina Mahathir mendedahkan wujud kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak tersebut. Tubuh Zara Qairina ada kecederaan Foto: Kosmo! Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd