Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Elak Baby Leslar Alami Tekanan, Pakar Saran Lesti Kejora Tukar Nama Anak

Masalah rumah tangga yang dialami oleh penyanyi popular Indonesia, Lesti Kejora bersama suaminya, Rizky Billar ternyata mendapat perhatian umum.

Mana tidaknya, keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky tidak disangka oleh peminat sama sekali memandangkan kedua-dua selebriti itu sering memuat naik foto bahagia bersama dengan anak sulung mereka, Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang baru berusia 9 bulan.

Susulan itu, seorang Pakar Holistik, Ni Kadek Hellen Kristy Winatasari memberi saranan agar Lesti menukarkan nama anaknya yang merupakan gabungan nama bersama suaminya itu untuk menggelakkan gangguan emosi berlaku kelak.

Sebelum ini, anak sulungnya itu diberi nama hasil daripada gabungan nama kedua-dua selebriti itu yang merupakan idea daripada peminat mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melihat kepada kemelut yang berlaku dalam rumah tangga mereka, pakar memberi nasihat agar nama anak ditukarkan kepada nama yang lain demi masa depan Leslar kelak.

Terdahulu, Lesti telah membuat laporan polis selepas dipukul oleh suaminya gara-gara didakwa melakukan curang bersama perempuan lain.

Sumber: Pa&Ma

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Bekas ahli anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina selepas terjatuh dari sebuah hotel di sana, pada malam Rabu...

Spotlight

Artis terkenal Indonesia, Irish Bella telah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang usahawan yang berasal dari Aceh, Haldy Sabri selepas bercerai sembilan bulan...

Dunia

Keluarga mangsa akhirnya mendapat jawapan selepas penantian selama 56 tahun apabila mayat seorang ahli keluarga mereka yang maut dalam tragedi pesawat terhempas pada tahun...

Nasional

Satu lagi kes kematian melibatkan seorang pengamal perubatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, sedang disiasat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd