Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ekonomi Malaysia Berkembang 5.2 Peratus Pada Suku Ketiga Tahun Ini – Gabenor BNM

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata perbelanjaan isi rumah disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif, langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan dan program bantuan wang tunai.

Katanya dalam sektor luaran, eksport bersih mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi berikutan pertumbuhan eksport yang mengatasi pertumbuhan import.

Ekonomi Malaysia berkembang

“Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025, iaitu dalam julat unjuran rasmi 4 peratus hingga 4.8 peratus, mencerminkan daya tahan negara yang berterusan dalam menghadapi cabaran global.
“Pada masa depan, keadaan ekonomi global akan kekal mencabar dan kita perlu terus memperkukuh penampan ekonomi negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan rintangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Rasheed, dari segi penawaran, pertumbuhan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besarnya disumbangkan oleh subsektor berkaitan pengguna manakala prestasi sektor perkilangan didorong oleh pengeluaran barangan elektrik dan elektronik (E&E) dan barangan berkaitan pengguna yang lebih kukuh,” katanya.

Sementara itu, sektor perlombongan dan pengkuarian meningkat semula, mencerminkan pengeluaran minyak mentah dan gas asli yang kembali pulih selepas kerja penyelenggaraan berjadual.

Artikel lain: Sah! Genting Malaysia Akan Kenakan Caj Untuk Kenderaan Naik Genting Highlands

Ekonomi Malaysia berkembang

Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, pertumbuhan berkembang sebanyak 2.4 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 2.2 peratus pada suku kedua.

Abdul Rasheed berkata inflasi keseluruhan kekal stabil pada 1.3 peratus manakala inflasi teras meningkat kepada 2 peratus (suku kedua 2025: masing-masing 1.3 peratus dan 1.8 peratus).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meskipun inflasi teras yang lebih tinggi meningkatkan tekanan terhadap inflasi keseluruhan pada suku ketiga, ini diimbangi oleh penurunan harga ditadbir teroilin.

“Ini khususnya, harga elektrik (-4.6 peratus; suku kedua 2025: 0 peratus) dan diesel (-5 peratus; suku kedua 2025: 8 peratus) adalah lebih rendah pada suku tersebut, selaras dengan penstrukturan semula tarif elektrik baru-baru ini dan keadaan kos global yang sederhana.
“Rebakan inflasi, yang diukur berdasarkan bahagian item IHP yang mencatatkan kenaikan harga bulanan, meningkat sedikit kepada 43.8 peratus pada suku tahun itu (suku kedua 2025: 41.8 peratus), namun masih di bawah purata yang dicatatkan sebelum ini iaitu 44.5 peratus,” katanya.

Abdul Rasheed menegaskan bahawa prospek ekonomi Malaysia terus berada pada landasan untuk mencapai pertumbuhan antara 4 peratus dan 4.8 peratus pada 2025, disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

“Perbelanjaan isi rumah akan didorong oleh pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan serta langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan.
“Aktiviti pelaburan kekal mampan dengan kemajuan projek infrastruktur, pelaksanaan selanjutnya pelaburan swasta yang diluluskan dan pelaksanaan pelan induk nasional,” katanya.

Dari segi luaran, katanya pertumbuhan eksport dijangka terkesan oleh tarif dan permintaan luaran yang lebih sederhana.

“Bagaimanapun, pertumbuhan akan disokong oleh permintaan yang berterusan terhadap barangan E&E, pelancongan dalam negeri dan pemulihan dalam eksport berkaitan perlombongan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abdul Rasheed berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana untuk baki tahun 2025, disokong oleh permintaan dalam negeri yang stabil dan keadaan kos global yang terus reda.

“Menuju tahun 2026, inflasi dijangka kekal sederhana berikutan permintaan dalam negeri yang mampan, keadaan pasaran pekerja yang stabil dan keadaan bekalan yang menggalakkan,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd