Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini.
Ejen Ali The Movie 2 tampil aksi memukau

Foto: Ejen Ali Official
Selain itu, kemunculan poster utama filem tersebut telah mencetuskan satu fenomena hebat dan menjadi perbualan hangat di kalangan peminat sejak semalam.
Filem terbaru Ejen Ali yang penuh dengan dramatik dan aksi itu akan mula ditayangkan di layar perak pada 22 Mei menampilkan pelbagai elemen baru yang tentunya membuatkan para penonton berasa teruja.
Filem animasi popular itu bakal menampilkan kualiti animasi yang jauh lebih canggih dengan visual yang memukau dibantu jalan cerita yang penuh emosi tentunya mampu menarik perhatian penonton.
Bukan itu sahaja, sokongan padu daripada peminat turut dirasai sejak tayangan semula Ejen Ali The Movie pada Februari lalu, dengan treler dan lagu tema rasmi berjudul ‘Hanya Kamu’ nyanyian Datuk M. Nasir.

Foto: IMDb
Treler kedua bermula dengan suara menyeru Ali untuk bangkit, diiringi kata-kata “Kerja kita belum selesai,” dengan laungan penuh bergema.
Ketegangan bertambah apa babak tersebut memaparkan satu perbincangan yang penuh emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejean MATA yang muncul kembali dengan motif tersembunyi.
Biarpun berdepan dengan cabaran yang semakin rumit, Ali tetap bertekad melawan musuh lamanya, Neonimus demi melindungi kota futuristik Cyberaya.
Ali perlu menguasai sut Satria, ciptaan teknologi kecerdasan buatan terkini oleh agensi perisik MATA yang masih asing baginya.

Foto: IMDb
Sementara itu, pengarah filem Usamah Zaid Yasin berkongsi pandangannya mengenai pelancaran treler kedua filem terbabit.
“Kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima. Kami tak sabar untuk membawa peminat ke pawagam dan mempersembahkan naratif Ejen Ali pada skala besar serta berintensiti tinggi.
“Setiap detik dalam filem ini dirancang dengan teliti untuk memberi pengalaman yang lebih mendalam kepada penonton,” kata Usamah baru-baru ini.
Ejen Ali The Movie 2 dibawakan oleh Primeworks Studio dan WAU Animation dengan kolebrasi bersama Komet Productions.
Peminat filem tempatan diminta untuk terus menyokong filem animasi itu menjelang tayangannya dan menyertai misi ini dengan menggunakan tanda pagar rasi #EjenAliTheMovie2 di platform media sosial.
Artikel lain: Ejen Ali The Movie Ditayang Semula, Papar Sedutan Eksklusif Sekuel
Terdahulu, trailer Ejen Ali The Movie 2 telah mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih 200,000 tontonan hanya dalam masa 13 jam disiarkan di YouTube EjenAli.
Sumber: Buletin TV3, YouTube EjenAli
