Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Individu Disyaki Terlibat Pemalsuan Dokumen Pemain Warisan, Polis Jalankan Siasatan Lanjut

Dua individu dikenal pasti terlibat dalam kes pemalsuan dokumen berkaitan pendaftaran tujuh pemain warisan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini giat menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.

dokumen pemain warisan

Foto: Media sosial

Kes pemalsuan dokumen pemain warisan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pihak polis telah menerima sebanyak 45 laporan polis berkaitan kes tersebut termasuk satu laporan yang dibuat oleh FAM.

Menurutnya, polis turut merakam percakapan seramai 43 saksi bagi membantu siasatan membabitkan wakil FAM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta saksi awam.

“Berdasarkan siasatan awal, didapati proses pemberian taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian kepada tujuh pemain warisan Harimau Malaya itu telah dilaksanakan secara teratur dan mematuhi semua prosedur yang ditetapkan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
dokumen pemain warisan

Foto: Kosmo! Online

Bagaimanapun, beliau menjelaskan siasatan kini menumpukan kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, khususnya semasa proses pendaftaran pemain serta pengemukaan dokumen berkaitan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Artikel lain: Nilai Pasaran Tujuh Pemain Warisan Jatuh Ke Sifar Susulan Hukuman FIFA

Rusdi berkata, kesalahan di bawah peruntukan berkenaan membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
dokumen pemain warisan

Foto: NST

Tambahnya polis telah mengenal pasti dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemalsuan dokumen yang dikemukakan kepada FIFA ketika proses pendaftaran pemain-pemain terbabit.

“Usaha mengesan dan mengesahkan identiti sebenar kedua-dua individu berkenaan sedang giat dijalankan bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan berintegriti bagi memastikan keadilan tanpa melindungi mana-mana pihak.

Sumber: Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd