Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dibelasah, Dipaksa Bogel Selepas Kakak Tolak Cinta Murid Lelaki 12 Tahun

Seorang murid lelaki berusia 10 tahun menjadi mangsa buli sehingga mengalami gegaran otak selepas dipukul murid lelaki berusia 12 tahun hanya kerana kakaknya menolak cinta pelaku.

Menurut laporan Malaysia Gazette, dalam kejadian pada 21 Februari lalu di sebuah sekolah agama, di Johor, mangsa Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, ditendang, dihentak kepala kiri dan kanan serta dipaksa menanggalkan pakaian oleh pelajar terbabit.

murid

Foto: Malaysia Gazette

Menurut ibu mangsa, Siti Suhana Misdi, 39, tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati pelaku terhadap anak perempuannya yang menolak lamaran cinta budak tersebut.

Artikel: Patah Hidung, Retak Tulang Mata! Murid Tahun Dua Dakwa Dipukul Rakan Sekolah

“Anak lelaki saya merupakan pesakit kanser hidung Adenoid Cystic Carcinoma (ACC). Selepas kejadian dia sering sakit kepala dan keadaannya semakin lemah hingga dimasukkan ke hospital swasta dari 12 hingga 26 Mac lalu. Doktor mengesahkan dia mengalami gegaran otak,” katanya.

Bagaimanapun, Siti Suhana kecewa apabila dimaklumkan kes berkenaan tidak dibuka kertas siasatan kerana pelaku masih bawah umur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih menyedihkan, pada 7 Ogos lalu, anaknya sekali lagi dibuli di sekolah kebangsaan di Skudai apabila seorang murid lain memukul kepalanya hingga terpaksa dirawat di hospital.

murid

Foto: BH

“Saya tidak tahu mengapa anak saya sering jadi mangsa. Mungkin kerana dia kelihatan lemah akibat penyakitnya walaupun keadaannya sudah pulih 80 peratus daripada kanser,” ujarnya.

Ibu mangsa membuat laporan polis pada 15 Ogos lalu kerana bimbang keselamatan anaknya terus terancam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin, memaklumkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor telah mengambil tindakan lanjut termasuk menziarahi keluarga mangsa.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd