Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terbangkan Dron, Dua Warga China Didakwa Ceroboh Wisma Pertahanan

Dua warga China ditahan selepas dipercayai menceroboh kawasan larangan Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat sini, pada 6 Ogos lalu.

Dua warga China didakwa ceroboh Wisma Pertahanan

Menurut laporan Utusan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, tindakan berani kedua-dua suspek itu dikesan anggota polis tentera (MP) yang sedang menjalankan rondaan di lokasi kejadian.

Wisma Pertahanan

Foto: Kementerian Pertahanan

“Siasatan mendapati suspek sedang menerbangkan dron di kawasan Padang Bola, Wisma Pertahanan sebelum ditahan.
“Hasil penahanan itu, anggota merampas pelbagai peralatan seperti dron serta beberapa keping kad memori. Pemeriksaan di hotel penginapan mereka menemukan peralatan dron,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Difahamkan, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku rakaman dron berkenaan dibuat atas arahan majikan mereka namun mereka tidak dimaklumkan mengenai motif atau tujuan tinjauan tersebut dijalankan.

Artikel lain: Sertai PM Anwar Ke Itali, Khaled Nordin Bakal Bertemu Gergasi Industri Pertahanan

Wisma Pertahanan

Foto: Carian Google

“Pihak polis turut berhubung dengan beberapa agensi antarabangsa dan tempatan bagi mengenalpasti latar belakang serta rekod perjalanan kedua-dua mereka,” ujarnya.

Susulan itu, kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan mengikut Seksyen 3(a) dan Seksyen 4 Akta Rahsia Rasmi, kerana didakwa mengintip serta merakam di kawasan larangan.

Namun begitu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah selain mahkamah menetapkan 11 September depan untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan (Nuraina Hanis Abd. Halim)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd